saya ada seorang kawan yg telah berkahwin selama 5 tahun dan masih belum dikurniakan anak,
nature of work kerap outstation dan suami dia bekerja
shift... ketika dia meluahkan perasaan pada saya, memang kesian sangat. saya telah berkahwin hampir 6 tahun dan telah pun ada raina dan radziq. dia bercadang nak ambik anak angkat dan ingin menjadikan anak tersebut sbg anak susuan dia. dia prnah mengandung tetapi keguguran... so,saya buat entry ni khas untuk kawan saya dan kawan2 lain di luar sana yg mempunyai masalah yang sama... moga dapat beri info yg diperlukan :)
Menyusukan Anak Angkat
Lumrah mengetahui setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin
ingin mempunyai anak sendiri. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa
faktor terutamanya cara hidup suami dan isteri dan persekitaran sekarang
menyebabkan sesetengah pasangan berkahwin masih belum mempunyai anak.
Sesetengah pasangan berkahwin yang telah lama berkahwin dan masih
belum mempunyai anak mengambil anak angkat sebagai salah satu cara
penyelesaian. Bagi memutuskan ikatan pertalian angkat, terdapat ibu
angkat yang ingin menyusukan anak angkat. Jika cukup syarat, anak
tersebut menjadi anak susuan dan mahram kepada ibu dan ayah angkatnya.
Melalui penyusuan susu ibu, dipercayai hubungan antara ibu dan anak
dapat dieratkan. Walaupun ianya kedengaran mustahil, tetapi terdapat ibu
yang berjaya dalam menyusukan anak angkatnya walaupun ibu itu tidak
pernah mengandung.
Bagi pasangan beragama Islam, Islam membenarkan wanita yang tidak
melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri
anak tersebut. Fatwa berkenaan menyusukan anak angkat boleh didapati
dari sumber berikut:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu
yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu
ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat
demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak
melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri
anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Bagi menjayakan penyusuan anak angkat ini, terdapat beberapa
persediaan yang perlu perhatian rapi sebelum anda memulakan niat murni
itu. Persediaan pertama demi merealisasikan impian menyusukan anak
angkat perlu bermula dengan kaunseling penyusuan bersama kaunselor
laktasi. Isteri dan suami amat digalakkan untuk melaluinya. Ia bertujuan
menyediakan mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggung jawab
memelihara anak angkat. Sebaik-baiknya kaunseling dilakukan berterusan
sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bayi diambil. Persediaan mental
amat penting kerana proses penyusuan yang ingin dilalui ini bukanlah
sesuatu yang tabii tetapi proses adaptasi.
Di dalam sesi kaunseling, isteri dan suami akan dimaklumkan mengenai
proses yang bakal dilalui secara keseluruhan. Latar belakang akan
diselidik daripada segi kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa.
Pasangan juga akan dimaklumkan tentang kesan sampingan jika ada, semasa
proses cetusan laktasi berlaku dan cabaran-cabaran yang perlu dilalui
sebelum dan selepas pengambilan anak angkat.
Jika ibu dan bapa angkat ini sudah bersedia dari segi mentalnya
barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan
fizikal. Ibu dan bapa angkat ini juga perlu menyediakan peruntukan
kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi ini termasuk
perbelanjaan rawatan penghasilan susu ini. Dalam erti kata lain, ibu dan
bapa angkat juga harus melalui proses persediaan menyambut kelahiran
bayi sama seperti ibu bapa yang melahirkan secara tabii.
Apabila bayi diambil, anda harus memulakan “ikatan” dengan bayi iaitu
proses stimulasi. Hal ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya
ialah melakukan sentuhan kulit ke kulit
(skin-to-skin) dengan
meletakkan bayi di atas dada. Tujuannya ialah mewujudkan hubungan rapat
yang pada masa bertindak sebagai sesi perkenalan dantara ibu dan anak.
Dalam masa yang sama, suami turut digalakkan melakukan perkara yang
sama.
Kunci utama untuk menjayakan matlamat ini adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu.
Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon
oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang
ibu. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima
rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari.
Kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar
yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena
dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, walaupun seorang wanita itu belum
pernah hamil atau melahirkan bayi, ibu masih boleh menghasilkan susu.
Terdapat 2 kaedah menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu
dapat dihasilkan dan dipancutkan iaitu melalui pengambilan ubat yang
dapat merangsang penghasilan hormon ini dan menstimulasi puting ibu,
yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Walau
bagaimanapun, kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang
disebutkan di atas.
Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi,
beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali ibunya
dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan
banyakkan bersabar. Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan
sendirinya akan memulakan proses stimulasi penyusuan. Bertenang dan
yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Ibu jangan memaksa diri
sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payu dara.
Untuk membolehkan bayi kekal melekap dan meneruskan hisapan di payu
dara serta merangsang payu dara pada masa yang sama, bayi perlu diberi
susu sebelum susu dapat dihasilkan oleh si ibu. 2 kaedah yang terbaik
adalah seperti berikut:
1. Menitiskan susu dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi dalam keadaan bayi melekap pada payu dara. Titiskan sedikit-sedikit dan serapat mungkin dengan mulut bayi.
2. Menggunakan tiub khas yang dilekatkan pada payu dara manakala
hujung satu lagi berada dalam bekas atau botol yang mengandungi susu.
Ini mebolehkan bayi menghisap sekali payu dara dan menerima susu melalui
tiub semasa dia menyusu pada payu dara.
Ibu perlu merangsang penyusuan antara 10 hingga 12 kali dalam tempoh
24 jam termasuk pada waktu malam setiap kali bayi menunjukkan
tanda-tanda mahu menyusu. Sebaik-baiknya lakukannya sebelum bayi
mengamuk agar tidak menjejaskan usaha anda untuk menyusukannya secara
terus daripada payu dara kelak.
Pemerahan menggunakan tangan mahupun pam payu dara adalah usaha
tambahan yang boleh dilakukan dalam merangsang penghasilan susu. Malah
antara usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil
herba-herba yang diyakini dapat meningkatkan pengeluaran susu. Walau
bagaimanapun, dapatkan nasihat perunding laktasi terlebih dahulu sebelum
mencuba mana-mana herba supaya anda tahu jenis-jenis herba yang sesuai
dengan diri anda.
Bagaimana Produk Shaklee boleh membantu anda dalam penghasilan susu untuk anak angkat anda….
Seandainya ibu ingin mencuba vitamin yang lebih selamat dan
semulajadi, perlu diingat bahawa vitamin tidak membanyakkan susu cuma ia
membantu ibu sihat dan bertenaga serta mempercepatkan penghasilan susu
dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah. Ianya lengkap untuk
proses penyusuan tetapi harus diingat, pengambilan supplemen haruslah
seiring dengan amalan mengepam yang berterusan dan
direct feeding malahan pengambilan air yang mencukupi turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.
Pengambilan supplemen bagi menjaga kesihatan ibu sepanjang proses
juga sangat digalakkan kerana induce laktasi bukanlah semudah ABC tetapi
memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Supplemen seperti
Pakej 3M adalah yang terbaik dan Insya Allah dapat memudahkan lagi usaha murni seorang ibu angkat.
Pakej 3M yang boleh membantu anda adalah seperti berikut:
ESP Soy Protein Isolate Powder - Membantu ibu kekal bertenaga
sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan – Merupakan
‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan
pekat – Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan
berseri
Alfafa Complex - Juga bertindak sebagai “milk-booster” –
melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang – Menghilangkan
kelesuan dan tekanan – Membantu masalah penghadaman dan pencernaan –
Melegakan sembelit – Menyingkirkan lemak dan kolesterol – Membuang angin
dalam badan -Membantu masalah keputihan
Vitalea (Multivitamin) - Membantu membekalkan tubuh badan
dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga
– Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi
anemia/kurang darah
B-Complex – Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan
kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk
menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga – Membantu memberi mood
yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu
kelancaran pengeluaran susu – Penting untuk kecantikan juga kerana
vitamin B memelihara kulit dari dalam
Sustained Release Vita C – bertindak sebagai anti-oksidan
serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana
vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan –
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak
mudah diserang penyakit – Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi
mempercepatkan penyembuhan luka.
Ostematrix (Kalsium) - Keperluan kalsium yang secukupnya
sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan
berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. –
Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. –
Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga – Membantu mengelak sembelit
kalau ada kawan2 yang nak tanya ape2 atau nak mencuba bolehlah tanya saya...
Hawa Hamzah
H/P: 019-3675610 (sms/whatsapp)
Penghantaran percuma untuk sekitar Putrajaya :)