Tuesday, August 4, 2009

cak cekak udang gamit

i always played music when my baby in the womb, included nursery rhymes, nasyid, mozart, any songs (indon, rock, jazz, rap etc) and most importantly zikrullah and surah from Qur'an...

with the baby or child listening to music, it can benefit them as it has the power to lift spirits, soothe frayed nerves, and move them to dance...

and also, music helps with bonding... now, i sing to raina and dance with her (included the ad from television ok)...
also, i sing her alphabet songs (my version) and nasyid bulan2 islam, rasul2 & malaikat from raihan group...
my favorite nursery rhymes lists (with our own version :))

Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

Up above the world so high,

Like a diamond in the sky!

(i just know there's a long version of this song!)

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,

Tepuk raina pandai,

Nanti upah susu,

Susu lemak manis,

Santan kelapa muda,

Raina jangan nangis,

Mama nak pegi kerja
.

Round and round the garden,

Like a teddy bear,

One step, two steps,

Tickle you under there.

(make a circle at her stomach and tickle at armpit!)

Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
(muda2 dah demand!)
Kereta kecil warna merah,

Kan kubawa ke sekolah,

Pon (9x),

Kereta kecilku berbunyi,

Marilah raina mari naik,

Boleh kubawa jumpa nenek.

(favorite song in the car!)

Old McDonald has a farm... iya iya yoo... I
n his farm, he has a duck/dog/cow/cat/goat/chicken...iya iya yoo...

(OMG, it's too long, u can search video at youtube)

anyway, mr.R always song 'cak cekak udang gamit' when raina grip and open her fingers...
at first, i'm quite confused when 1st time hear it, plus mr.R knows that 4 words only...
i googled and found this...

cak cekur udang gamit,
minta cekur bagi kunyit,
nasi di dapur abis hangit,
adik di rumah tergamit2...

but i change to this...

cak cekur udang gamit,
minta cekur bagi kunyit,
nasi di dapur abis hangit,
raina cantik, kecil molek...
(boleh Kah?)

(Lagu ini dinyanyikan apabila anak sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Anak diajar untuk membuka dan menutup tangannya mengikut lagu yang dinyanyikan. Ia sebenarnya membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak. Kemudian anak dengan sendirinya akan menggayakan tangannya setiap kali lagu ini dinyanyikan. Ia adalah kegiatan yang menggembira dan meningkatkan keyakinan diri mereka.)

my mOm always sings to us when we're small... so nostalgic!
some of famous malay songs such as,
  • Lagu 3 kupang
  • Geylang si paku Geylang
  • Lompat si katak lompat
  • Air pasang dalam surut pukul 3
  • Nenek nenek si bongkok tiga
  • O bangau o bangau kenapa engkau kurus?
  • Enjit enjit semut
u can get the lyrics from here!



Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun.

Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini. Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan.

Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti.

Dari sini, keyakinan diri mereka akan terbentuk. Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.

Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan.

Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita.

Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.

Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan. Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.

Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.

Kegiatan nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud: Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sebagai ibu bapa, kita juga mesti memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.

Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira, dihargai dan disayangi.

No comments: