Showing posts with label random stuff. Show all posts
Showing posts with label random stuff. Show all posts

Saturday, March 27, 2010

kiddo love


been stucked in DPA for a month really make me miss raina & mr.R so much... so when we have time to back home, usually on Saturday and must return to INTAN Bukit Kiara before 12 pm the day after, i will totally take care of raina... before this, it's like ala, awaklah mandikan die, suapkan die makan but now, it's ok, i'll do it by myself, no further question asked...

for first week, raina didn't recognized me when my father brought her to INTAN cause i really missed her! maybe because i hold her at that time (yes, she didn't saw me!) and she's still sleepy. the next week, i asked a permission to go back home as she had fever, arrived home @ 1 am and returned @ 7 am (bolehkan saja)... she didn't want me, she's hold her father only... seriously, saya nangis giler teruk! but, what to do? i've to continue my DPA right? else, resign?

but following weeks, when i got home, raina was so cuddle... OMG, she banged at bathroom door when i having my bath! she didn't want mr.R to suap her, ooo i just understood her why she's pulled my dress, sorry dear! dan tak boleh kalau tak nampak saya... so adorable!

and for mr.R, die makin cengkung, tak cukup rehat, tak cukup makan! he took care of raina alone by himself cukup 1 bulan inih really make me in love again with him (.")(",) i married to mr.Right! he said to me on first week, saya dah hafal semua lagu kat Playhouse Disney Channel hahahah he's singing Chunggingtown song (which i didn't know ok) just moment before... such a darl, make up good work dear!

another 26 weeks to go, pray for us!

Tuesday, February 23, 2010

manik

ye, saya memang hantu manik... taktaw camne leh ter'start', maybe when blog-hopping and tengok sape tah kawan jahit manik, tak pergi kursus mane2 pun... try2 sendiri esp manik jalin (femes time tu!), lagi2 time bujang... i'm home-person, jenis yg jarang keluar rumah (?) dan memang suke buat keje kraf (?) so manik memang pilihan tepat menenangkan jiwa :) alhamdulillah hobi ini mendatangkan hasil, saya ambik upah (sikit2 je) tapi terus stop waktu nak siapkan baju kahwin...


ni baju tunang, asalnye tukang jahit (emi) dah jahit baju dan jahit manik 30% tibe2 nenek&atuk die meninggal selasa tu (saya dah nak bertunang sabtu), so saya sambung... buat sehari aje, dah ade kerawang... seriyes lagi senang dari kain kosong gitu...


ni lak baju utk majlis resepsi, baju je saya jahit manik... kain dah tak larat, hantar kat emi dan disiapkan dalam masa 2 hari aje... mata bertambah rabun sbb jahit dalam gelap, emi pun dah stop jahit sebab mata rabun... tapi, saya siap pergi kat kedai jahit saje2 tanya... die cakap upah jahit manik kat baju tu RM 400++, belum masuk manik taw!

sekarang? jangan harap nak menjahit manik lagi... sekali je buka kotak manik karun terus datang si comel masukkan manik2 comel dalam mulut comel die... yg menyusahkan jari comel saya mengeluarkan manik2 comel... lagipun, time baru dapat raina, pakai baju tak jahit manik yg boleh dikira berapa helai sebab sian anak aku kene manik waktu dukung die... skrg, raina dah pandai jalan, wahh muntah manik lah nampaknye... tunggu adik raina baru stop balik, eh tibe2!

dulu, baru kawen offer FIL nak jahit manik kt baju diorang... wuishhh rajin tak? ermm, jahit gitu2 aje, bukan yg beria2 :) tapi baju adik ipar, pijah paling last bagi time saya mengandung 8-bulan, bukan raina umur 8 bulan, masih tak siap2 walaupun raina dah setahun waktu tu! tengok2 wan aka mokwe, ex-roommate saya (yg saya ajar jahit manik time die eksiden kene dok rumah dan teruskan legasi saya) mesej die terima tempahan jahit manik... ape lagi, zass terus hantar 2 baju utk dijahit...


ni baju pijah, upah jahit manik kat leher, tangan dan badan RM 50 aje... tapi manik saya provide sebab die sambung je jahitan saya (yg dah dibuka!)... ni dayah, kawan mokwe yg jahit, mokwe ajar die, die dah pandai jahit, lagi lawa dari saya buat!

ni pulak baju saya, minta mokwe buat kat leher (walaupun pakai tudung tak nampak!) ngan tangan, rase berat berbunga taw pakai baju ni, rasa anggun jelita wahahah ailevyu lah mokwe... ni nak hantar lagi 2 baju ni... ko buat cantik2 taw! saya kurang berminat dengan manik2 yg melampau (ayat tak hengat!) selalunye buat simple dimple yg mengancam aje... simple nampak anggun (ape kes?) kalau ade berbunga2 replika tu, lagi tak berkenan! tapi yg ni seriyes mengancam! yg bestnye, saya cakap ngan diorg, korang buatlah camne pun asalkan cantik :) dan hasilnye, lihatlah sendiri... pergi ofis, ramai tegur! (perluKah mention?)

ok, sape nak hantar upah jahit manik bagitaw saya! harga kellasss punye :) dan confirm cantekkk, bagitaw je nak design ape :)

Friday, February 12, 2010

Women from Venus, Men from Mars

sambungan daripada entri sebelumnya...

mengikut ape yg saya baca dalam Women from Venus, Men from Mars (saya baca sket aje tapi rasenye leh faham maksudnye), lelaki dan wanita mempunyai sifat yang berlainan dan bertindak dengan cara yang berbeza... contohnya: bagi lelaki, mengingati tarikh2 penting seperti birthday, anniversary adalah kurang penting berbanding tarikh tamat tempoh road-tax, lesen, bayar bil etc... perempuan meluahkan masalah supaya lelaki mendengar dan bertanya tetapi lelaki terus mencari penyelesaian kepada masalah tersebut...


ini nota ringkasan tentang buku tu (versi melayu);

1. Lelaki dari planet marikh, wanita dari planet zuhrah.

Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran, tindakan dan perlakuan. Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan. "Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.


2. Si tukang betul dan si penyempurna-rumahtangga.

Wanita mengadu lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka. Lelaki pula mengadu wanita sering cuba membetulkan mereka dan cara mereka melakukan kerja. Lelaki menilai diri melalui kekuatan,persaingan dan pencapaian. Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri, manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.

Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki. Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.


3.Lelaki sorok dalam gua dan wanita bercakap.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang. Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka.

Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain. Mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian. Pada ketika itu, mereka akan senyap, hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing, kurang respon dan bersifat pelupa. Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan. Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan.Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami. Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka,pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut. Di sini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.


4. Bagaimana untuk memotivasikan pasangan sendiri.

Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta. Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh kekasihnya, wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai. Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai. Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka. Wanita pula memerlukan kasih sayang dan dijaga di mana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.


5. Perbezaan bahasa.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan. Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum. Jika lelaki bicara, mereka akan maksudkan secara terus, spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar. Di sini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat. Wanita pula bicara untuk banyak sebab. Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap. Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya, dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian. Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..


6. Lelaki seperti getah.

Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar. Maksudnya, setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan,mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi. Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut, mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali. Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi. Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.


7. Wanita seperti ombak.

Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak. Pada perasaannya kemuncak,mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya. Tetapi apabila perasaan itu menurun,mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan. Apabila saat perasaan ombaknya memecah seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka. Lelaki harus mendengar, terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan, jaminan terhadap mereka.


8. Membongkar perbezaan keperluan emosi.

Wanita memerlukan penjagaan, kefahaman, hormat, kesetiaan, perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka. Lelaki pula memerlukan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, sanjung, pengesahan dan sokongan oleh pasangan mereka. Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.


9. Bagaimana mengelak perselisihan faham.

Ia harus dielakkan selagi boleh, berunding jangan berbalah. Apabila lelaki rasa tercabar, dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka. Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu. Biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik. Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.


10. Pemberian kredit untuk pasangan masing-masing.

Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak. Tetapi bagi wanita, semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya. Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang, mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri. Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka. Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih, terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.


11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang. Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.


12. Bagaimana untuk meminta dan menerima.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.

  1. Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak.Buat secara ringkas dan berterus terang.

  2. Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.

  3. Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.

13. Memelihara rasa cinta berkekalan

Untuk berjaya dalam percintaan, kita harus memahami terdapat banyak musim dalm percintaan. Adakala naik dan adakalanya surut. Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita. Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.


artikel versi inggeris... buku ni highly recommended esp to newly-wed *hint to my sis and fizah*... eh, orang dah lama kahwin & baru bercinta pun penting baca buku ni :)

saje nak share ngan kawan2, and it's not because i've communication broke down with mr.R, just speak Out for a depressed best friend!!! ooo guys, please please and please hear what we're saying first! don't jump straight away to the solutions! listening creates healing! while girls, please stop membebel! nobody is perfect :)

Thursday, February 11, 2010

Ramai suami 'tak kenal' pasangan

Kajian dapati lelaki tidak tahu saiz baju, warna mata

LONDON: Berjuta-juta lelaki tidak tahu saiz baju isteri mereka, minyak wangi kegemaran malah warna asal rambut pasangan sendiri, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik mendedahkan, enam daripada 10 suami percaya bahawa mereka memahami pasangan luar dan dalam, tetapi sebenarnya langsung tidak mengetahui.

Selain itu, seorang daripada setiap 10 lelaki tidak tahu tarikh lahir isteri; lapan peratus tidak tahu warna asal rambut manakala 12 peratus tidak tahu warna mata pasangan mereka.

Malah, seorang daripada setiap tiga orang lelaki langsung tidak mengetahui jenis minyak wangi kegemaran isteri. Statistik berkenaan adalah hasil satu kajian terhadap 2,000 lelaki bagi firma The Perfume Shop.

Jurucakap firma itu, Michelle D'vaz berkata: "Keputusan kajian ini amat mengejutkan. Maklumat asas seperti tarikh lahir dan warna rambut adalah antara yang anda sangka pasangan anda mengetahui tetapi nampaknya kebanyakan lelaki tidak tahu mengenainya. Itu termasuk juga warna mata atau minyak wangi yang disembur setiap pagi."

Kajian juga mendapati, 27 peratus lelaki membelikan isteri mereka pakaian atau pakaian dalam tetapi saiznya salah, manakala satu pertiga daripada mereka berbalah mengenainya.

Sebanyak 61 peratus suami yang ditanya mengakui majoriti mereka langsung tidak ingat aspek tertentu dalam hidup isteri sendiri meskipun ia mungkin perkara kecil.

Tidak hairan lebih separuh wanita berpendapat lelaki perlu berusaha untuk mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka.

Manakala 80 peratus percaya, wanita akan mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka daripada warna mata hingga jenama losyen selepas bercukur yang dipakai pasangan.

Kajian juga mendedahkan, walaupun majoriti lelaki mengetahui minyak wangi yang digunakan isteri atau teman wanita mereka, sebanyak 22 peratus membeli jenama yang silap sebagai hadiah. - Agensi


wah wah terus ingat nak mesej mr.R tanya ingat tak feveret perfume saya? tapi memikirkan saya pun tak ingat, diam2 sudah heheh warna asal rambut saya takkan mr.R tak taw pulak sebab tak pernah warna rambut pun hehehe kalau tak taw birthday memang kene laa, no ic pun kene hafal... teringat dulu umi cerita ayah merajuk tak hafal no ic die, alalaaa sweetnye heheh~

Tuesday, January 5, 2010

New Year's Resolutions

lambat post azam tahun baru sebab kami sambut tahun baru kat hospital :( sian anak mama... lagipun, azam tahun lepas pun tak dilaksanakan sepenuhnya! ni antara azam tahun lepas (ooo sungguh kebendaan!);

* LCD TV
* new lappy (sudah! hadiah birthday)
* new hand phones (sudah! dua2 beli sendiri)
* bought a dream house!!! (postponed after sah dalam jawatan, yet kumpul duit aje!)
* new car or MPV

baru ku sedar, ni semua dunia semata2...

azam tahun baru saya nak mempertingkatkan ibadah, lebih banyak bersedekah, lebih mendengar cakap suami dan ibubapa, menjadi isteri & anak yang solehah, menjadi sopan dan pendiam dan for sure, dapat membimbing anak2 ke jalan beriman!

azam tambahan baru saya (lagi2 selepas raina masuk hospital) supaya kami semua sentiasa sihat walafiat dan sejahtera dunia akhirat serta dilindungi Allah... dan supaya kami lebih berpengetahuan dan bersedia (read: tidak panik) dalam menghadapi cabaran dan liku2 hidup...

Thursday, December 31, 2009

tersadung

raina suke main kat buaian lagi2 lepas dah dapat kaki!
ketuk2 besi bagi bunyi, langkah besi-pusing balik-langkah balik! belum panjat je lagi, selalu gak tersadung!
wah, kali ni abah dapat gak tangkap gambar raina sebelum operasi menyelamat bermula...
ala relekslah raina kan :)
no need 'cuak' face, ur hero is ere hahahah :D

Tuesday, June 16, 2009

cupcakesss

full...

love...

shape of love...

2 gone...

3..2..1..

alone...

Monday, May 18, 2009

having my own business

thinking of have my own business...
Y?? to generate more income :)
anyone get any idea???
lots of my frenzz plus mr.R has their own business...

mr.R suggest to use internet as the medium like his...
and it's good things as it is free and reachable...

my 1st experience with the internet was sold raina's milk bottle - 1 8oz +2 4oz avent and my ring sling @ mudah...
and it works...
i put the advertisement @ 4pm and 1st buyer sms me @ 6pm...
or maybe bcoz the letgo thingy quite cheap...
but still reasonable to me bcoz i bought them at discounted price :)

well, before this i sold prepaid @ college, UKM and managed to earn RM600 per semester...
quite a number for student at that time...
then, start work and jatuh chenta same manik so ambik upah beading...
get no official class, just learn it from book and internet...
not to forget, provide free beading course to my housemate and officemate heheh...
oso can earn more than hundred per month BUT it needs a lot of time since we've to focus and it makes me more rabunzzz...
but now, mr.R said that ambik upah jahit manik currently not worth it as it will take big time plus we oredi having raina and want to spend time wif her...

so the point here, what i'm gonna to sell?
and my other fren suggest to sell things that u love @ like?
so, what i love?? i love mr.R and raina, do it count??
i love cakes, beading, books etc

or do a business that provide service and consulting to ppl...
like dobi, upah jahit, consulting, cakes...
like my friend that provide lactation consulting... suraya & pa'an
but i know that i'm not such as persuasive as they are...

or do MLM auto-downline business like mr.R...
well, he run his website for 3 years and now alhamdulillah, managed to get Rm........

or is it i'm not suitable to do business...
bcoz there might be possibility i will sell to buyer with cheap price, no profit...
huhu i know i'm sort of that person :(


ohhh Allah, please help me :)
or Just Do It!!!