Tuesday, October 19, 2010

zakat

setelah berbulan bertahun lamanye tertangguh untuk menunaikan Rukun Islam ke-4,membayar zakat, alhamdulillah diberi kesempatan utk pergi zakat... terlalu byk alasan diberikan pada mr.R yg dah pergi PPZ tahun lepas... rase cam takut lak n fikir nak tolak zakat (bukan kedekut tapi takut tersalah kira!) sampai serabut kelapa ahaks mula2 menuju ke bank nak dapat penyata kewangan bagi penolakan zakat wang simpanan,kene caj RM 10... rupenye guna penyata dalam buku akaun bank je sudah mencukupi,penyata kewangan tu waktu orang nak buat loan aje... malu eden :p


berjaya jugak ke Pusat Pungutan Zakat @ Presint 9, alhamdulillah... ada 2 jenis zakat iaitu zakat fitrah (ni semua orang tahu kan!) dan zakat yang dikenakan kepada harta... ni panduan pengiraan zakat yg saya dapat waktu tu, amil menerangkan kepada saya dan tolong kira...

m/s depan

m/s belakang

ni lak contoh nak kira zakat pendapatan,ada dua kaedah tapi ni yang lama, tukar kat bahagian perbelanjaan diri Cara 2 jadi RM 9000 so zakat yg wajib dibayar pun tukar...



RM RM
Cara 1 Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)


Contoh: RM30,000.00 x 2.5%
250




Cara 2 Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)


Contoh:


A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) 30,000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)


1. Diri 8,000

2. Isteri 3,000

3. Anak 4 orang x RM1,000 4,000

4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12) 1,200

5. KWSP (contoh: 11%) 3,300

6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) 900

Jumlah Tolakan 20,400

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) 9,600

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5%
240

E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan)
20

zakat dikira berdasarkan 2.5% daripada harta...

bagi kes saya, zakat pendapatan yg wajib dibayar lps ditolak semua perbelanjaan adalah 26.05/bulan dan berkuatkuasa mulai Januari 2011... oklah kan... zakat bagi tahun2 sebelumnya masih belum dikira, lebih elok kalau bawa slip gaji tahun2 sebelumnya... kalo keje part time @ keje gitu2 je tak dikenakan zakat unless kalau keje part time gaji riban2...

untuk zakat wang simpanan, zakat yg dikenakan adalah pada baki simpanan terendah jumlah wang simpanan dalam setahun dgn syarat perlu melebihi nisab... kalau ada banyak wang simpanan di banyak bank, kene jumlahkan dan akan dikenakan zakat jika lebih nisab... kadar nisab yg sempat saya salin:

2010 - 9300
2009 - 8000
2008 - 6400
2007 - 6200
2006 - 4600
2005 - 4200

untuk zakat saham lak, guna kadar nisab yg sama gak... dan disebabkan saya hanya ada saham kurang dari kadar nisab, memang sah2 tak dikenakan zakat ;p saham termasuk unit trust, bon saham dll... detail boleh tengok dalam gambar kat atas tu...

untuk zakat emas lak, boleh bawa emas utk ditimbang... rasenye amil tu cakap bagi emas yg tak dipakai, 80gm dah kene zakat... bagi emas yg dipakai,akan dikenakan zakat sekiranya lebih 150gm, kalau pakai sekali setahun pun kiranya masuk emas yg dipakai... bagi sape2 yg ade gold investment tu lain pulak citer, itu kene tengok nilai emas, tak payah bawa gold bar pi PPZ hahaha

ok,tu je yg dapat dikongsi, walaupun tak sampai separuh zakat yg dapat dibayar... pergi sana minta tolong amil kira aje... lupe lak, bayar zakat boleh menggunakan kad debit @ kad kredit tapi tak semua diterima... lepas bayar, dapat resit dan mesti lafaz akad antara amil dan pembayar... ape pun, rase lain lepas bayar zakat... hahaha dan dan rase lain rasa pendapatan lebih berkat :)

3 comments:

puanseri said...

bagus ingat zakat. akak slalu doa dapat bayar zakat dan tax banyak2 stp tahun. akak doakan awe pun sama :)

Mama Rayyan said...

pendapatan lebih 30000 setahun kena bayar zakat ye hawa?

awe said...

k.seri: thanks :)
nani: kenelah nani heheh