Wednesday, November 13, 2013

PENDAFTARAN AHLI/ PENGEDAR SHAKLEE

Saya yakin ramai kat luar sana terfikir-fikir apakah cara nak menambah pendapatan. Tidak perlu tunggu lagi, saya cadangkan tuan/puan menjadi sebahagian daripada kami untuk menjana pendapatan secara PART TIME mahupun FULL TIME dengan Shaklee. Dengan hanya bermodalkan RM65 sahaja. Insyaallah anda boleh menjana pendapatan 4 angka, 5 angka atau lebih daripada itu.


Bagaimana nak mendaftar dengan Shaklee?

Mudah saja, anda boleh mendaftar dengan 3 cara seperti dibawah:
  • Anda perlu membayar RM65 sebagai yuran pendaftaran atau membuat pembelian sekurang-kurangnya RM700 untuk untuk mendapat keahlian secara percuma; atau
  • Bayar RM65 + RM10 (kos penghantaran member kit) kepada saya dan saya akan uruskan pendaftaran anda dari A to Z; atau
  • Terus pergi ke mana-mana cawangan Shaklee dan mendaftar dengan menggunakan ID saya 907205 sebagai sponsor.

Yuran Keahlian

Sekiranya anda mendaftar sendiri di cawangan Shaklee, anda perlu membayar RM65 dan akan menerima member kit. Jika saya yang uruskan pendaftaran anda, anda perlu membayar RM65 untuk member kit dan RM10 untuk kos penghantaran member kit terus ke alamat anda. Lagi mudah...

Syarat-syarat untuk menjadi ahli Shaklee

Sekiranya anda mendaftar dengan Shaklee dengan tujuan untuk kegunaan sendiri atau keluarga dan rakan-rakan, anda tidak perlu untuk maintain point setiap bulan. Tapi sekiranya anda berhajat untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, anda perlu maintain certain points untuk macam yang Shaklee dah tetapkan. Senang cerita, lagi banyak order anda lagi tinggi la komisyen yang anda akan terima.

Apa yang anda dapat kalau menjadi ahli Shaklee
  • Dapat beli produk Shaklee pada harga ahli yang jauh lebih murah sehingga 30% - 35% daripada harga runcit.
  • Anda layak untuk terima komisyen + bonus dalam bentuk wang tunai sekiranya anda mengumpul point daripada pembelian anda.
  • Kalau anda berminat untuk tambah pendapatan terdapat kursus/kelas/group yang boleh membimbing anda.
  • Shaklee juga menawarkan 3C. CASH (Komisyen + Bonus), CAR (Insentif kereta) dan CONVENTION (percutian antarabangsa yang menawarkan layanan 1st class dan pakej umrah bagi yang beragama Islam).
Apa keistimewaan sekiranya anda mendaftar di bawah Tips Kesihatan
  • Anda akan didaftarkan di bawah 3 SECRET GROUP di mana anda akan diberi exclusive excess kepada group ini.
  • Anda akan disediakan nota-nota dan boleh bertanya tentang apa-apa saya tentang produk, cara marketing, cara pengambilan supplement, membuat blog dan banyak lagi.
  • Gambar-gambar bagi tujuan promosi disediakan untuk anda. Anda akan dibimbing secara exclusive tentang cara menjana pendapatan melebihi 4 angka.
Apa tunggu lagi... jom join Shaklee bersama Tips Kesihatan. Add saya Hawa Hamzah dan Tips Kesihatan di FB/ call/ sms/ whatsapp saya 019-3675610. Mana tau ini rezeki yang telah ditetapkan untuk anda. Selagi belum cuba, belum tahu :)

Saturday, November 9, 2013

MENYUSUKAN ANAK ANGKAT!!

saya ada seorang kawan yg telah berkahwin selama 5 tahun dan masih belum dikurniakan anak, nature of work kerap outstation dan suami dia bekerja shift... ketika dia meluahkan perasaan pada saya, memang kesian sangat. saya telah berkahwin hampir 6 tahun dan telah pun ada raina dan radziq. dia bercadang nak ambik anak angkat dan ingin menjadikan anak tersebut sbg anak susuan dia. dia prnah mengandung tetapi keguguran... so,saya buat entry ni khas untuk kawan saya dan kawan2 lain di luar sana yg mempunyai masalah yang sama... moga dapat beri info yg diperlukan :)


Menyusukan Anak Angkat

Lumrah mengetahui setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin ingin mempunyai anak sendiri. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor terutamanya cara hidup suami dan isteri dan persekitaran sekarang menyebabkan sesetengah pasangan berkahwin masih belum mempunyai anak.

Sesetengah pasangan berkahwin yang telah lama berkahwin dan masih belum mempunyai anak mengambil anak angkat sebagai salah satu cara penyelesaian. Bagi memutuskan ikatan pertalian angkat, terdapat ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkat.  Jika cukup syarat, anak tersebut menjadi anak susuan dan mahram kepada ibu dan ayah angkatnya. Melalui penyusuan susu ibu, dipercayai hubungan antara ibu dan anak dapat dieratkan. Walaupun ianya kedengaran mustahil, tetapi terdapat ibu yang berjaya dalam menyusukan anak angkatnya walaupun ibu itu tidak pernah mengandung.

Bagi pasangan beragama Islam, Islam membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut. Fatwa berkenaan menyusukan anak angkat boleh didapati dari sumber berikut:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

Bagi menjayakan penyusuan anak angkat ini, terdapat beberapa persediaan yang perlu perhatian rapi sebelum anda memulakan niat murni itu. Persediaan pertama demi merealisasikan impian menyusukan anak angkat perlu bermula dengan kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi. Isteri dan suami amat digalakkan untuk melaluinya. Ia bertujuan menyediakan mental dan fizikal sebelum menunaikan tanggung jawab memelihara anak angkat. Sebaik-baiknya kaunseling dilakukan berterusan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum bayi diambil. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang ingin dilalui ini bukanlah sesuatu yang tabii tetapi proses adaptasi.

Di dalam sesi kaunseling, isteri dan suami akan dimaklumkan mengenai proses yang bakal dilalui secara keseluruhan. Latar belakang akan diselidik daripada segi kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa. Pasangan juga akan dimaklumkan tentang kesan sampingan jika ada, semasa proses cetusan laktasi berlaku dan cabaran-cabaran yang perlu dilalui sebelum dan selepas pengambilan anak angkat.

Jika ibu dan bapa angkat ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Ibu dan bapa angkat ini juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi ini termasuk perbelanjaan rawatan penghasilan susu ini. Dalam erti kata lain, ibu dan bapa angkat juga harus melalui proses persediaan menyambut kelahiran bayi sama seperti ibu bapa yang melahirkan secara tabii.

Apabila bayi diambil, anda harus memulakan “ikatan” dengan bayi iaitu proses stimulasi. Hal ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Caranya ialah melakukan sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin) dengan meletakkan bayi di atas dada. Tujuannya ialah mewujudkan hubungan rapat yang pada masa bertindak sebagai sesi perkenalan dantara ibu dan anak. Dalam masa yang sama, suami turut digalakkan melakukan perkara yang sama.

Kunci utama untuk menjayakan matlamat ini adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu.

Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari. Kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, walaupun seorang wanita itu belum pernah hamil atau melahirkan bayi, ibu masih boleh menghasilkan susu.

Terdapat 2 kaedah menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dipancutkan iaitu melalui pengambilan ubat yang dapat merangsang penghasilan hormon ini dan menstimulasi puting ibu, yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Walau bagaimanapun, kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.

Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali ibunya dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan banyakkan bersabar. Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan sendirinya akan memulakan proses stimulasi penyusuan. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Ibu jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payu dara.

Untuk membolehkan bayi kekal melekap dan meneruskan hisapan di payu dara serta merangsang payu dara pada masa yang sama, bayi perlu diberi susu sebelum susu dapat dihasilkan oleh si ibu. 2 kaedah yang terbaik adalah seperti berikut:

1. Menitiskan susu dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi dalam keadaan bayi melekap pada payu dara. Titiskan sedikit-sedikit dan serapat mungkin dengan mulut bayi.

2. Menggunakan tiub khas yang dilekatkan pada payu dara manakala hujung satu lagi berada dalam bekas atau botol yang mengandungi susu. Ini mebolehkan bayi menghisap sekali payu dara dan menerima susu melalui tiub semasa dia menyusu pada payu dara.

Ibu perlu merangsang penyusuan antara 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam termasuk pada waktu malam setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu. Sebaik-baiknya lakukannya sebelum bayi mengamuk agar tidak menjejaskan usaha anda untuk menyusukannya secara terus daripada payu dara kelak.

Pemerahan menggunakan tangan mahupun pam payu dara adalah usaha tambahan yang boleh dilakukan dalam merangsang penghasilan susu. Malah antara usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil herba-herba yang diyakini dapat meningkatkan pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat perunding laktasi terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana herba supaya anda tahu jenis-jenis herba yang sesuai dengan diri anda.

Bagaimana Produk Shaklee boleh membantu anda dalam penghasilan susu untuk anak angkat anda….

Seandainya ibu ingin mencuba vitamin yang lebih selamat dan semulajadi, perlu diingat bahawa vitamin tidak membanyakkan susu cuma ia membantu ibu sihat dan bertenaga serta mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah. Ianya lengkap untuk proses penyusuan tetapi harus diingat, pengambilan supplemen haruslah seiring dengan amalan mengepam yang berterusan dan direct feeding malahan pengambilan air yang mencukupi turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.

Pengambilan supplemen bagi menjaga kesihatan ibu sepanjang proses juga sangat digalakkan kerana induce laktasi bukanlah semudah ABC tetapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Supplemen seperti Pakej 3M adalah yang terbaik dan Insya Allah dapat memudahkan lagi usaha murni seorang ibu angkat.
SET 3M SHAKLEE PENYUSUAN IBU

Pakej 3M yang boleh membantu anda adalah seperti berikut:

ESP Soy Protein Isolate Powder - Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan – Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat – Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri

Alfafa Complex - Juga bertindak sebagai “milk-booster” – melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang – Menghilangkan kelesuan dan tekanan – Membantu masalah penghadaman dan pencernaan – Melegakan sembelit – Menyingkirkan lemak dan kolesterol – Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan

Vitalea (Multivitamin) - Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga – Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah

B-Complex – Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga – Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu – Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam

Sustained Release Vita C – bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan – Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit – Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrix (Kalsium) - Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. – Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. – Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga – Membantu mengelak sembelit

kalau ada kawan2 yang nak tanya ape2 atau nak mencuba bolehlah tanya saya...

Hawa Hamzah
H/P: 019-3675610 (sms/whatsapp)




Penghantaran percuma untuk sekitar Putrajaya :)

Wednesday, October 23, 2013

the comeback!!

YES!! today mark the day! finally i post something in my bersawang blog!! alhamdulillah... never been to late to start something!

the BIGGEST difference for almost 3 years from the last posts is i'm having 2 kids right now!! my eldest daughter is Raina Humaira and another one is Radziq Hilman... raina will be 5 years old next month and radziq will be 1 years old this month!! alhamdulillah bless to Allah with this precious gift :)

about my career, i was posting to NRE after DPA course... bless to Allah again, I was promoted (naik gred kecik je) and been transfered to JPT, KPM last July...

ok, that's all for now!! it's great to come back!