Saturday, October 31, 2009

pamper day

can't wait for tomorrow as i will pampered myself @ Spa...
already make an appointment at Sereniety Spa, Bangi :)
tomorrow is mama's day bcoz i've to take care of raina as mr.R will organized reflexology class at SA on Sunday...

kenduri qurratul-ain

sabtu lepas, shakirah menjemput kami sekeluarga ke kenduri kahwin adik die...
memandangkan umi&ayah ade hal dan byk lg wedding nak pergi, so saya aje pergi ng mr.R...
keluarga saya kenal baik keluarga die, means mak bapak kitorg pun saling mengenali...
dl diorg dok SA, tapi berpindah ke Bukit Beruntung, Rawang...

ni shakirah yg sopan, kwn sekolah rendah saya...
yg buat saya excited nak pergi kenduri ni sbb shakirah kawin ngan aznan, kawan time ambik cisco kt Cosmopoint dl...
dua kawan2 saya kenal baik :) kecik je dunia ni!

qurratul ain satu2nya perempuan dlm adik beradik shakirah yg bekerja...
walaupun shakirah dan kakak nye sambung pengajian lepas SPM, tapi mereka berpendapat perempuan adalah lebih baik di rumah, jadi suri rumah...
tapi walaupun diorg dok rumah, saya salute sgt ngan diorg...
kakak die pandai jahit baju...
baju kahwin sume kakak die jahit, termasuk baju tema 1 keluarga (warna pink+ungu) termasuk laa jahitan manik yg kreatif2...
shakirah lak pandai jahit langsir, sarung kusyen serta manik & sulaman riben...
jahitannye murah dan bertaraf butik...
cdgnye sy nak jadikan shakirah wedding planner saya tp jauh sgt die kt rawang!
kesimpulannye dari bilik pengantin smpi pelamin sme diorg hias sendiri...

ni pengantin lama kalut nak tangkap gambar atas pelamin gak!
dulu kite kawin takde pelamin kan kan...

ni sy tepek gambar shakirah & nan kawin, br perasan gambar nan takde...
muka sy penat tgh pregnant...


ni lak bilik pengantin shakirah dari zero to this...
sme dihias dan dijahit oleh die, alas kusyen, alas meja...

saya tak byk tangkap gambar bilik pengantin ain sbb ade shakirah haahhaha
lgpun raina dah rasmi dl...
lupe nk tangkap hiasan atas katil, eh silap kt bumbung katil...
serius kreatif giler...

Friday, October 30, 2009

open house Kuzie Catering

wah ni baru nak berblog pasal Jumaat lepas...
udah Jumaat lagi satu, baru nk tulis pasal Open House Kuzie Catering @ Pak Engku (walaupun buat open house lepas raya)...
open house ni dah macam acara tahunan family saya lak...
sebab Pak Engku akan ajak sume customer, ex-customer, termasuklah artis2...
dan kitorg mmg takleh miss sebab makanan yg giler best dan banyak!
hanya tahun ni dah kurang sket menu yg dihidangkan berbanding tahun lepas...

kitorg bertolak lepas maghrib,tahun ni tema hijau :)
saya tak bawa kamera, tangkap gambar gune kamera hp aje...
tunggu adik emel tak sampai2, takpelah zass mane yg ade aje...


ni gambar stage... belum start lagi...

depan ni jiran kitorg, lepas kitorg wat wedding kat sini, ramai lak yg buat...
reasonable price and dewan besar kot...

my parent with nazhan!
kat belakang tu warung2 laksa, bihun sup, putu piring, cendol & teh tarik...
eh, kambing panggang pun ade ;)
lauk stail hidang lak, tahun lepas sume buffet...
ade nasi lemak, lauk - daging dendeng, sate, kuey teow goreng, pecal, sate, kebab dan roti jala (hijau???) ngan air laici warna hijau gak...

nisah & hanan with raina...

pengacara Jaafar Onn dan Kak Engku...
lepas menyanyi, baca doa... ape Kah?
then ade poco2, drama sebabak family Pak Engku...
Jamal Abdillah nyanyi...
tapi saya tak tangkap semua gambar2 itu sbb saya sibuk makan...
hajat di hati nak tangkap gambar ngan nabil (?) hehehh
tapi segan lak, lu pikir la sendiri :)

Wednesday, October 28, 2009

hanya ingin kau tahu

was addicted to this song right now!

siap jadikan ringtones hp :p


Republik - Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Sunday, October 25, 2009

surat cinta dalam dewan

saya tengah cari tentang penyakit ulser mulut memandangkan raina telah menjangkitkan pada saya pulak (boleh ke ulser berjangkit? mula2 mr.R, raina dan saya lak)...
pedih giler tekak saya, rasenye bukan sakit tekak biasa...
pedih die lain macam sket, lagi sakit...
macam ni kot perasaan raina, cian anak mama...
dan tiba2 terbuka blog ni, macam best je...

saya copy dlm blog saya, macam best je entry ni... bacalaa...

Assalamualaikum w.b.k

Kehadapan pemeriksa kertas yang saya hormati dan kasihi. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Duhai pemeriksa yang saya hormati, pertama tama sekali saya ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu masa tuan semasa proses penandaan. Namun begitu, sudilah kiranya tuan pemeriksa dapat meluangkan sedikit waktu untuk membaca nukilan saya ini dan besarlah harapan saya agar tuan fahami isi dan kandungannya agar jelas kepada maksud yang saya ingin sampaikan nanti.

Tuan pemeriksa, seperti mana tuan sedia maklum, saya ialah salah seorang calon daripada ribuan calon lain yang telah berusaha selama ini untuk menduduki kertas peperiksaan ini. Namun begitu, pada hari peperiksaan, hati saya berasa sedikit gentar yang tidak pernah saya alami selama ini. Dan saya teruskan jua menjawab kertas soalan ini hingga ke akhirnya. segala hasil serta pengetahuna saya berkenaan subjek ini Semuanya telah saya lontarkan disini, telah saya curahkan disini, andai masih berlaku kekurangan dan kesalahan, maaf jualah yang saya pinta.

Tuan pemeriksa, saya tahu tuan adalah orang yang berhak dan berkuasa ketika menanda kertas jawapan saya ini. Justeru itu, dengan seribu harapan yang saya pertaruhkan pada helaian terakhir ini agar harapan dan keinginin saya tidak kecundang disini. dapatlah tuan pemeriksa pada kiranya membantu sedikit terhadap apa yang telah saya usahakan dengan memberi sedikit markah tambahan mengenai hasil kerja saya ini yang saya rasakan patut tuan nilai dari segi kesungguhan saya menjawab soalan dan bukan pada betulnya jawapan saya.

Tuan pemeriksa, dengan ini saya harap tuan pemeriksa telah jelas dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Berharap tuan pemeriksa akan lebih diberkati dan dimurahkan rezeki kerana jasa baik dan budi bicara tuan dan kebiijaksanaan tuan akan menjadikan tuan naik pangkat sebagai ketua pemeriksa pada tahun peperiksaan berikutnya.

Rasanya cukuplah sampai disini shaja coretan saya, kerana kalau mahu diikutkan hati dan perasaan banyak lagi yang ingin saya sampaikan dan nukilkan pada tuan. Mungkin itu boleh dibuat pada kertas peperiksaan yang lain. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesanggupan tuan meluangkan sedikit masa kepada saya.

Akhir kata, sambutlah salam manis, mesra dari saya. Salam penuh keikhlasan.

Qwh ye, terlupa juga tolong sampaikan salam saya kepada keluarga dan rakan pemeriksa tuan yang lain. Kongsikanlah warkah ini bersama mereka agar mereka turut sama dapat membantu insan-insan seperti kami. Saya akhiri warkah ini dengan serangkap pantun ,

kami mengharap markah tambahan,
moga tuan dapat berikannya,
harap rayuan ini tuan tunaikan,
hanya tuhan yang dapat membalasnya.

Salam penuh pengharapan

(no. calon peperiksaan)

sekian terima kasih.

p/s: Surat ini boleh ditranslatekan kepada bahasa apa jua pun bagi kegunaan pelajar2 obersea. Hak cipta surat ini boleh diedit dan dicopy seberapa yang kerap dan perlu brgantung kepada keadaan tempat dan situasi dengan kebenaran penulis.


saya dah terlepas zaman2 peperiksaan tu...
kalau dlm peperiksaan PTK boleh ke? hahahah :D
mau kene buang keje kot :p

Bajet 2010

ini kali pertama saya bercakap mengenai isu2 semasa...
mentelah sebagai salah seorang pegawai kerajaan, sedikit sebanyak terkesan juga impaknya kepada saya...
yg benarnye, saya tak dengar pun...
dalam hati, nanti da kuar, baca sendiri laa...
tapi disebabkan tadi ayah saya cakap, kad kredit akan dikenakan caj RM 50 setahun (govt tax) walaupun kad kredit tu tiada annual fees, balik rumah terus cari bajet tahun 2010...

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010.

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* Penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus.

* Pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661.

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
(hopefully bile dah dapat sijil Halal senang dan cepat, tiada isu sijil Halal sambil lewa @ melepaskan batuk di tangga)

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
(banyak betul diperuntukkan untuk sistem antipenyeludupan produk Halal, sepatutnya dibangunkan sistem antipenyeludupan produk tidak Halal)

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
(is this relevant or not?)


* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
(perlu masuk dalam bajet ke? kalau announce macam biasa pun da kire ok)

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
(ok gak, galakan kepada instituisi kewangan islam)

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank daripada operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
(Skim Ar-Rahnu adalah (sudut syarak) merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan)

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangkan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
(nak tanya org Kastam ape kandungan GST (Good, Services and Tax) bagi Malaysia? berbaloi atau tidak untuk rakyat)

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
(seriyesli i don laik, well sape yg suke? yg tak pakai kredit je laa tapi kalau difikir dari segi logik, ini sesuai dilaksanakan untuk orang yg banyak kad kredit (baca:hutang kad kredit) tapi tak reti bayar)

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
(AP (approval permit) ~ lesen import yg menjadi rebutan ramai)


* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.

* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.

* Pengecualian cukai persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.
(ini macam galakan org bekerja di Iskandar Malaysia, tapi macam double standard lak...)


* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.
hidup kesihatan percuma :)


* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
(sukuk?)


* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.

secara rambangnya, Bajet 2010 banyak tertumpu kepada pembangunan pertanian dan IKS (industri kecil & sederhana), baguslah boleh kurangkan import bahan makanan...
serta fokus kepada produk halal, pengeluaran dan penguatkuasaan...
yg paling saya suka adalah kesihatan percuma...
takde pula isu elaun COLA atau keraian dimansuhkan seperti yg disibuk2 kan oleh teman pejabat...
saya tak pasti samada Bajet 2010 adalah belanjawan terbaik, memandangkan setiap bajet adalah dikatakan terbaik ;p

Friday, October 23, 2009

ulcer

back to office yesterday after had 3-days of EL...
raina had ulcer in her mouth, specifically 2 big one near her throat...
had fever and she refused to eat and drink milk...
i confused bcoz raina didn't finished her meal, knowing that she's not a picky-eater...
and she refused my milk when i offered her...
she inserted all her fingers in her mouth and her saliva kept following out, i thought her tooth will appear or grow...

plus raina crying non-stop at night... let see...
she can't sleep on Sunday night...
she can't sleep and crying non-stop on Monday night...
she sleep and woke up every 2-hours crying on Thursday night...
and she only can sleep after subuh...
her body quite dedar, demam dalam...

as experienced before when she cried the whole night bcoz of her melecur and diarrhea...
brought her to Klinik Lita Alis on Tuesday and suspected ulcer...
prescribed with antiobiotic, fever and ubat tahan sakit...

alhamdulillah she's getting better...
she preferred bread cicah dgn air than her usual porridge...
and angry if i lambat suap her with air roselle plus honey, drink pun prefer with syringe not with cup as usual...
but it's ok, as long she want to eat and drink, afraid of she will dehydrated...

huhuh, moral of the story:
do not bring baby @ Nilai 3, cuaca panas...

Sunday, October 18, 2009

weekend with raina II

after raina sleep again @ 3.30 pm and woke up @ 5 pm, we headed to our neighbor's house as k.eda did small makan2 gathering sempena her son, harith turned 1 y.o. on Thursday, right k.eda? actually that small ceremony start @ 4 pm, but raina sleep and we as the farthest (read: nearest) neighbor only can make it after 5 pm...

but, sampai2 je terus dengar happy birthday song echoed :)
ooo pandai adjust time, sampai waktu potong kek :)

kak eda still on DPA-course...
quite tanned, just came back from bomba training...
will go to police course lak on the monday...
harith a month older than raina but he's double weigh of raina :)
raina kecik narr...

both mOms and childs...

harith, good boy! raina xmo dok diam, nak tangkap gambar sblh harith ~

nite ~
after maghrib, convoy with mr.R's office-mate to Dewan Dr Siti Hasmah @ Rumah Puspanita, KL attending Syed Azlan (Lan) & Faiszatun Nasro (Fais) reception....
Lan was our UKM (specifically FTSM) course-mate...
while Fais was Lan & mr.R's office-mate but she's already resigned from Scan...

lan macam John Travolta, betul tak lan? hahahah
and fais seriyes cantik :)

mama, abah with raina

ini pretty daughters of kak sal...

met some of UKM-mate...

mirul&wife with her daughter, arwin...

mr.R&raina with chubbier chegu rompin...
rompin, jgn marah :p

tak sangka met mr.R's cousin, akmal...


get this, dodol inside purple-ribboned glass...

nice reception, full of transformers and drift heheh :p


Sunday~
went to Nilai 3 with nisah, hanan and pijah to buy some flower rotan, leaves and kain pasang...

leaves to cover burned upper rack at kitchen...

mr.R terkejut habis RM 100 aje :?
nampak sangat saya bukan seorang shopaholic, yeke? heheh :)

Saturday, October 17, 2009

weekend with raina

saturday and sunday, mr.R works morning shift, he not at home from 7 am to 7 pm means i will left alone with raina but we've already import mr.R's sister from UPM, so bertiga kembali :)

raina already wake up when we perform Subuh...
i was still sleepy, ingatkan die nak tidur tapi die tepuk2 muka saya...
so, i bathed her @ 8.30 am & suapkan die makan...
and she sleep again @ 9.30 am... and it's time for me...
can't sleep, terus bangun & masak...
resepi hari ni simple aje...
presenting my nasi goreng tomyam (without daun ketumbar)


not forgetting, usual home-made moi (bubur nasi dlm bahasa utagha) untuk raina...
mix of potato + carrot + chicken (try letak udang kering sket!)


done for laundry, next batch - raina's clothing still in washing machine!

did some spring cleaning :p

then raina wake up and mr.R came back home, having precious time gomol2 together ;p


mr.R had lunch and performed Zuhr with me...
eh, with raina also :p


after he went back to the office, ..... OMG it's time for me to turn off the pc...
there's someone under the pc table trying to restart the pc and tickled my toes, guess who???













cats

my girl office-mates, syaza & nida are ummu hurairah (me ummu humaira hehhe)...
both of them have cats cage in their house (included dira!)...
i don't like cats, maybe bcoz of k.jar have experienced dicakar kucing once upon a time when we're trying to give milk to a stray cat huhu
but it doesn't mean that i don't love cats...
geli je kot nak pegang binatang hidup :p
binatang tak hidup pun ade yg saya geli...

so, when both of them sembang about cats and show cat's pictures in their handphone (both handphone's wallpaper are their cats ok :), i show them my kucing also...

this is my kucing yg comel @ nursery heheh

Monday, October 12, 2009

open house schedule...

raya means fulls of open house which i like most...
waaa no need to cook and makan free heheh
tak tangkap gambar pun as we have to gilir2 pulun makan and hold raina...

2 minggu lepas...
jumaat ~
went to Encik Azhan and Dayang's at lunch hour, had satay, homemade ketupat daging dendeng, laksa Johor...

sabtu ~
went to Puan Khairiah's @ Salak Tinggi, had her famous nasi dagang, laksa and mee kari...
raina's not feeling well bcoz had gassy stomach and vomit on the way to Salak Tinggi...
nite went to Kak Yus', had nasi impit, rendang, lodeh, kuah kacang...

ahad ~
me&my family went to 2 kenduri kahwin...
managed to capture pic at the 1st house only....
kenduri kahwin Asyraff Hafdzan Abdullah & Siti Khadijah Abd. Ghaffar
actually asyraf's father is my father's colleague...
and we all dah kenal sangat with this family...
raya sure tak miss pergi rumah diorg @ Subang Jaya but after they transfer to Nilai, my parent aje pergi sana...

Asyraffdini & Sammaituha Najwa

beria kami cari nama diorg kat tanda nama yang tampal tepi jalan, rupenye diorang gune nama pena...
agaknye skrg kalau kami masih bujang, time kahwin nak letak thesmalleyes & duniaherbahpa, apeKah?

raina with her makSu hanan...

2nd house is our relatives' house so segan nak tangkap gambar plus raina vomit like air terjun when my cousin hold her...
went to Hospital Pakar An-Nur, Bangi, doctor prescribed ubat tahan muntah kat punggung and ubat angin then off to Warta Complex buy mr.R's new handphone...
malam ade open house lagi kat Rinching tapi tak larat pergi bcoz sampai rumah @ maghrib...
sorry k.zarina....

last week...
selasa ~
mr.R worked night shift so me&nida went to marhaban&berzanji&open house after maghrib @ En. Azhan's...
had nasi beriyani, satay, sardine roll and many others...

sabtu ~
mr.R worked morning shift so me&nida off to at my younger sis' open house @ Presint 14 and had home made Spaghetti Bolognaise and bihun&mee sup and soto...
then off to Puan June's open house @ Bangi, had laksa Johor, laksa Sarawak and nasi tomato...
me&nida went to Warta Complex again to search handphone for nida lak...

ahad ~
went to Syakira's open house and had makaroni goreng, nasi impit&lodeh and laksa...
then off to Mid Valley with pijah, mr.R's sis for another open house heheheh

raina with her makLang pijah and overload trolley...

kat pejabat, almost everyday ade makan2...
memang save duit saya :)

tonite ~
Jawatankuasa Penduduk Apartmen 18 R8 organised open house...
menu lagi tak hengat, nasi beriyani, roti boom, murtabak, ayam BBQ, mee&mihun goreng...
sedap2 pulak tu :)
ohh perut, tahanlaa :p

ppl asked me buat open house...
aiyokk open house rumah orang pun tak terkejar nak pergi :)

Sunday, October 4, 2009

episod meroyan tudung indon kembali

selepas episod meroyan mencari tudung di Bangi waktu mr.R sakit mata gagal, saya tahan diri untuk tidak beli tudung indon lagi...
agaknye tu perasaan kecewa atau perasaan let it go sebab tak jumpa2 tudung yg berkenan di hati, ade warna hitam (yg mahal dan tak best) yg jarang2 pakai aje...
anyway, saya taw teman sepejabat nursery-mate (ade nursery-mate wehh, sesuai untuk kumpulan2 ibu yg berkumpul kat nurseri time rehat!) selalu jual tapi tudung tu laku sangat...
tapi saya try tanya gak, dapat gak akhirnya...
mula2 saya beli dua, harga RM27 aje tapi tak banyak pilihan...
pastu pergi PKNS SA, banyak pilihan tapi harga RM40, beli lagi 2....
tengok punye tengok, rupenye kain tudung berlainan...
ade tudung RM27 yg perlu diseterika gak...

pergi lagi PKNS, beli lagi 2, siap cakap dgn kakak salesgirl tu, kak, saya datang Shah Alam dari Putrajaya semata2 nak beli tudung ni, akak bagi laa murah heheh
beli lagi 2 kat teman nursery-mate...
saya beli 8 tudung dlm masa 2 minggu???
senang sungguh jatuh chenta :p
patutlaa nursery-mate tu ade lebih 30 koleksi tudung indon ni...

OMG, senang giler pakai tudung ni...
basuh gitu2 aje, pastu sidai kat ampaian...
kalau nak pakai, ambik terus sarung...
mula2 penuh ampaian ngan tudung tu, so beli hanger khas untuk tudung2 comel ini :)
pastikan bhgn keras tudung tak terlipat sepanjang proses di atas...
kalau terlipat, iron je balik...
aiyooo senang sungguh!

koleksi tudung yg comel2...
ni gambar saya tangkap yg tak lawa...

mr.R tangkap gambar ni...

saya cakap ni tudung indon, bukan tudung ariani, tudung munawwarah, tudung hajaba, bukan tudung butik2 terkenal...
spesifiknye tudung Z&Z...
kalau nak beli tudung macam ni, lebih baik beli brand Z&Z sbb murah, banyak pilihan, kemas, tak jarang (penting ni!), labuh gak, senang jaga dan paling penting, tak payah pakai brooch kat bahu (sesuai untuk ibu2 menggendong anak, anak tak tercucuk brooch sana sini)...
ini bukan promoter bercakap, tapi testimoni :)
CC (chief clerk) kat pejabat cakap kat Jalan Tar bole beli borong tapi saya tak ingat kat mane, RM25 aje...

bang, jomlah pergi Jalan Tar, nak borong tudung :)

hadiah seorang teman

kebanyakan orang mengatakan teman yg baik adalah teman yg bersama kita di kala senang & susah...
namun pada pendapat saya, ciri2 tambahan seorang teman yg baik adalah teman yg sanggup menegur kesalahan kite...
tidak guna menjadi seorang teman @ sahabat @ kawan kalau die tau teman itu berbuat salah dan tidak menegur kesalahan tersebut...
tidak guna mempunyai kawan yg ramai tapi kuat menipu (depan cakap lain, belakang cakap lain), mengampu, membodek dan mempergunakan teman...
minta dijauhkan Allah teman2 sebegini...

alhamdulillah, saya mempunyai teman2 yg saling mengingatkan saya...
mengingatkan saya tentang kewujudan kita sebagai khalifah Allah...
mengingatkan saya tentang hablun minallah, hablun minnannas (hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia)...
mengingatkan saya peranan sebagai anak, isteri, ibu yg bekerjaya...
menasihati saya kala dihimpit tekanan dan masalah...
teman2 yg sukar dicari dan diganti :)

dulu...
saya akan call teman2 saya tiap minggu dan update cerita2 masing2...
tak kisah lah pasal apa, diri, keluarga, pelajaran, pakwe makwe, kawan2 lain...
setiap kali birthday, bukan setakat wish...
saya tak kisah habis beratus untuk bagi yang terbaik buat teman2 baik saya...

tapi sekarang...
kalau teman2 call, jarang dapat berangkat...
kalau teman2 msg, balas pun ala kadar dan selepas beberapa hari terima...
birthday pun dapat wish thru msg pun dah kira baik...
hadiah jgn cakap laa, bertahun dah tak bagi :(
jauh di sudut otak saya heheh, selalu terdetik, saya memang nak call die esok tanya apa kabar skrg, nak msg wish ape2, nak emel die tanya dapat kerja tak...
tapi kadang2 detik tinggal detik, tangguh2 nak buat terus tak buat huhuh

yang saya nak cerita adalah saya baru dapat hadiah dari teman baik saya dari sekolah menengah lagi, Khamalia @ Kamal...
buku bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat oleh Y.Bhg. Dato' Ismail Kamus...
teman saya siap call dulu, tanya dah ade buku ni @ tak...
saya jawab, belum tapi takut tak sempat baca aje...
die menjawab, takpe baca dulu...
dapat2 saya terus jatuh cinta dgn buku ni w/pun tak buka lagi...
terima kasih teman :)

tepi tu kad raya, panjang berjela wehh, saya terharu baca kad tu...
segala ape yg dah lama tak update dimuatkan dalam kad tu, termasuk citer pasal jarang contact...
maaf kamal, aku pun rindu giler ko :)
nanti datanglah sini, raina nak jumpa mak sedara die ucap terima kasih dapat duit raya...


kamal seorang teman saya yg paling baik, saya kawan ngan die lama sangat...
perangai kitorg lebih kurang tapi die jauh lebih baik dari saya :)
waktu sekolah menengah, saya duduk sebelah die 3 tahun...
kalau saya tak duduk sebelah die, sure result PMR dan SPM saya teruk...
waktu form 4 (zaman honeymoon), die yg menyedarkan saya yg kerap leka ni...
form 5 bangkit semula, kitorg datang awal ke sekolah, dah tak ponteng prep sgt, pergi library dan jumpa cikgu sama2...
alhamdulillah, result SPM kitorg pun sama walaupun tak gempak mane untuk org lain, tapi masih boleh dibanggakan kepada umi&ayah...

ini pula koleksi buku2 agama saya & mr.R yg tgh struggle nak habiskan :)
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, hadiah dari teman baik dira...
Fadhilat Amal hadiah kawin dari kawan mr.R...
yg lain2 kebanyakan beli sendiri, ade gak hadiah dari teman2 lain...


ape pun, jadilah anda teman yg baik...
saya rindu sangat teman2 saya :)

Saturday, October 3, 2009

mama sayang raina

beristerikan suami yang kerja shift memang mencabar...
ditambah dengan tiada sedara @ kawan @ bibik menemani, yg selalu tinggal sorang2...
tapi saya selalu peringatkan diri sendiri dan bandingkan dgn mereka yg berstatus tunggal atau isteri2 yg suaminye tentera, lagi selalu kene tinggal huhu
(macam umi saya bile ayah kerap outstation)
atau yg punyai anak lebih dari satu...
atau yg punyai anak istimewa dan perlu penjagaan rapi & khas...
raina anak yg baik, jarang meragam...
meragamnye kalau lapar dan penat je...
bukan semua baby macam tu ke?

time pantang kat Putrajaya, nida teman pejabat selalu datang rumah time mr.R pergi kerja...
katanya, awe, aku tengok ko penat, aku yg penat...

rabu lepas, kawan baik saya dira telefon, awe, aku baca blog ko, mencabarnye ko jaga raina...
saya menjawab, mencabar kalau anak sakit je, ditambah waktu tu suami kerja shift malam...

suami jiran hujung rumah saya yg baru dapat anak, baru taw mr.R kerja shift...
tanyanya lagi, abis tu tinggal berdua jelaa?
(soalan yg kerap ditanya kawan2 dan teman2 sepejabat!)
jawab saya, habis nak tinggal dgn sape?
terus die menggeleng2kan kepala...

kalau setakat raina tido 3-4 pagi weekdays dan saya tido 3-4 jam je, leh tahan lagi...
atau raina kerap terjaga malam lapar susu, saya leh tahan lagi...
kalau raina selsema&batuk, die bole tido hanya jika bersandarkan badan dan berbantalkan bahu saya, saya leh tahan lagi...
atau kalau raina cirit, kene tukar diapers every time she pee @ cirit, leh tahan lagi...
atau kalau muntah2, kene tukar baju 4-5 kali satu malam, leh tahan lagi...
tapi kalau saya tak taw die sakit ape dan menangis sepanjang malam even saya dukung dan dodoikan, saya menangis sekali wehhh
risau, takut, macam2 soalan & perasaan dalam kepala...

anyway, saya bernasib baik jugak, teman sepejabat nida tinggal same blok, ape2 emergency bole call atau lain2 teman pejabat yg tinggal lain blok...
atau call adik saya yg dok Putrajaya gk, tapi tak pernah pun call diorg coz diorg pun ade baby...

nasihat saya pada kawan2 yg masih bujang...
kalau nak kahwin dan ade anak, u must prepare ur mental first...
kalau anak sakit, efeknye Allah je yg tahu betapa risaunye mak bapak...
unless jenis yg lepas tangan pada parent @ bibik suruh jaga anak siang malam...
baik tak payah ade anak langsung...

ape pun, saya bersyukur dapat raina...
raina yg comel, baik, manja, pandai mengambil hati, makan je ape mama masak, suke mandi, suke kemas rumah, suke main kejar2 ngan mama, tak susah nak jaga, tak takut dgn orang dan lain2 perangai yg baik2...
raina yg mematangkan saya dan mr.R :)


mama sayang raina :) *sob**sob* (emo wehh)
(gambar waktu raina 6 bulan!)