Sunday, October 25, 2009

Bajet 2010

ini kali pertama saya bercakap mengenai isu2 semasa...
mentelah sebagai salah seorang pegawai kerajaan, sedikit sebanyak terkesan juga impaknya kepada saya...
yg benarnye, saya tak dengar pun...
dalam hati, nanti da kuar, baca sendiri laa...
tapi disebabkan tadi ayah saya cakap, kad kredit akan dikenakan caj RM 50 setahun (govt tax) walaupun kad kredit tu tiada annual fees, balik rumah terus cari bajet tahun 2010...

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010.

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* Penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus.

* Pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661.

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
(hopefully bile dah dapat sijil Halal senang dan cepat, tiada isu sijil Halal sambil lewa @ melepaskan batuk di tangga)

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
(banyak betul diperuntukkan untuk sistem antipenyeludupan produk Halal, sepatutnya dibangunkan sistem antipenyeludupan produk tidak Halal)

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
(is this relevant or not?)


* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
(perlu masuk dalam bajet ke? kalau announce macam biasa pun da kire ok)

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
(ok gak, galakan kepada instituisi kewangan islam)

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank daripada operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
(Skim Ar-Rahnu adalah (sudut syarak) merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan)

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangkan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
(nak tanya org Kastam ape kandungan GST (Good, Services and Tax) bagi Malaysia? berbaloi atau tidak untuk rakyat)

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
(seriyesli i don laik, well sape yg suke? yg tak pakai kredit je laa tapi kalau difikir dari segi logik, ini sesuai dilaksanakan untuk orang yg banyak kad kredit (baca:hutang kad kredit) tapi tak reti bayar)

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
(AP (approval permit) ~ lesen import yg menjadi rebutan ramai)


* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.

* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.

* Pengecualian cukai persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.
(ini macam galakan org bekerja di Iskandar Malaysia, tapi macam double standard lak...)


* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.
hidup kesihatan percuma :)


* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
(sukuk?)


* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.

secara rambangnya, Bajet 2010 banyak tertumpu kepada pembangunan pertanian dan IKS (industri kecil & sederhana), baguslah boleh kurangkan import bahan makanan...
serta fokus kepada produk halal, pengeluaran dan penguatkuasaan...
yg paling saya suka adalah kesihatan percuma...
takde pula isu elaun COLA atau keraian dimansuhkan seperti yg disibuk2 kan oleh teman pejabat...
saya tak pasti samada Bajet 2010 adalah belanjawan terbaik, memandangkan setiap bajet adalah dikatakan terbaik ;p

4 comments:

puanseri said...
This comment has been removed by the author.
puanseri said...

dun wory pasal service caj cc tu hawa. kak seri rasa bank mesti tanggung sbb klu tak banyak cust hilang! selama ni pun klu bank nak mintak service caj tahunan biasa pun tak pernah berjaya, sbb bank kena gertak sikit nak terminate, dapat free la biasanya :)

lain tu pasal cukai individu turun 1% tu nampak bodoh sikit la.. baik dia turunkan cukai korporat! 26% tu klu org gaji 200k rasalah kurangnya. gaji cam kita ni tak effect. cubalah g lah tanya LHDN, sapa yg patut kena caj 26% tu..

- budget makin ciput banding tahun lepas, ini "membetulkan" apa pm kita kata "malaysia tak ada masalah ekonomi" :)hehehe

Hawa Hamzah said...
This comment has been removed by the author.
Hawa Hamzah said...

ye betul! tutup mane2 yg tak nampak... yg pertanian & IKS tu pun setiap tahun ade, pastu diorg fokus sbb nak byk aliran tunai... huhuh lg satu nak tambah, yg bestnye ade peruntukan utk taska ade di stp kementerian & jbtn, kalo tak silap laa... senang hati mak bapak nk keje... jgn pilih kasih tender sudah, sian budak2 :(