Sunday, October 25, 2009

surat cinta dalam dewan

saya tengah cari tentang penyakit ulser mulut memandangkan raina telah menjangkitkan pada saya pulak (boleh ke ulser berjangkit? mula2 mr.R, raina dan saya lak)...
pedih giler tekak saya, rasenye bukan sakit tekak biasa...
pedih die lain macam sket, lagi sakit...
macam ni kot perasaan raina, cian anak mama...
dan tiba2 terbuka blog ni, macam best je...

saya copy dlm blog saya, macam best je entry ni... bacalaa...

Assalamualaikum w.b.k

Kehadapan pemeriksa kertas yang saya hormati dan kasihi. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Duhai pemeriksa yang saya hormati, pertama tama sekali saya ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu masa tuan semasa proses penandaan. Namun begitu, sudilah kiranya tuan pemeriksa dapat meluangkan sedikit waktu untuk membaca nukilan saya ini dan besarlah harapan saya agar tuan fahami isi dan kandungannya agar jelas kepada maksud yang saya ingin sampaikan nanti.

Tuan pemeriksa, seperti mana tuan sedia maklum, saya ialah salah seorang calon daripada ribuan calon lain yang telah berusaha selama ini untuk menduduki kertas peperiksaan ini. Namun begitu, pada hari peperiksaan, hati saya berasa sedikit gentar yang tidak pernah saya alami selama ini. Dan saya teruskan jua menjawab kertas soalan ini hingga ke akhirnya. segala hasil serta pengetahuna saya berkenaan subjek ini Semuanya telah saya lontarkan disini, telah saya curahkan disini, andai masih berlaku kekurangan dan kesalahan, maaf jualah yang saya pinta.

Tuan pemeriksa, saya tahu tuan adalah orang yang berhak dan berkuasa ketika menanda kertas jawapan saya ini. Justeru itu, dengan seribu harapan yang saya pertaruhkan pada helaian terakhir ini agar harapan dan keinginin saya tidak kecundang disini. dapatlah tuan pemeriksa pada kiranya membantu sedikit terhadap apa yang telah saya usahakan dengan memberi sedikit markah tambahan mengenai hasil kerja saya ini yang saya rasakan patut tuan nilai dari segi kesungguhan saya menjawab soalan dan bukan pada betulnya jawapan saya.

Tuan pemeriksa, dengan ini saya harap tuan pemeriksa telah jelas dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Berharap tuan pemeriksa akan lebih diberkati dan dimurahkan rezeki kerana jasa baik dan budi bicara tuan dan kebiijaksanaan tuan akan menjadikan tuan naik pangkat sebagai ketua pemeriksa pada tahun peperiksaan berikutnya.

Rasanya cukuplah sampai disini shaja coretan saya, kerana kalau mahu diikutkan hati dan perasaan banyak lagi yang ingin saya sampaikan dan nukilkan pada tuan. Mungkin itu boleh dibuat pada kertas peperiksaan yang lain. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesanggupan tuan meluangkan sedikit masa kepada saya.

Akhir kata, sambutlah salam manis, mesra dari saya. Salam penuh keikhlasan.

Qwh ye, terlupa juga tolong sampaikan salam saya kepada keluarga dan rakan pemeriksa tuan yang lain. Kongsikanlah warkah ini bersama mereka agar mereka turut sama dapat membantu insan-insan seperti kami. Saya akhiri warkah ini dengan serangkap pantun ,

kami mengharap markah tambahan,
moga tuan dapat berikannya,
harap rayuan ini tuan tunaikan,
hanya tuhan yang dapat membalasnya.

Salam penuh pengharapan

(no. calon peperiksaan)

sekian terima kasih.

p/s: Surat ini boleh ditranslatekan kepada bahasa apa jua pun bagi kegunaan pelajar2 obersea. Hak cipta surat ini boleh diedit dan dicopy seberapa yang kerap dan perlu brgantung kepada keadaan tempat dan situasi dengan kebenaran penulis.


saya dah terlepas zaman2 peperiksaan tu...
kalau dlm peperiksaan PTK boleh ke? hahahah :D
mau kene buang keje kot :p

2 comments:

dseri said...

klu boleh buat surat rupa ni, mesti leh tulis essay bagus :)

Kujie said...

ha ha ha...tau dak, anak sy sendiri buat juga surat2 mcm ni , dia ckp lepas dpt idea entri di blog mama

tp tak de la berjela mcm tu..dia tulis sikit je :p


p/s- mcm mana ulser, dah try petua yg kak jie bagi?