Tuesday, October 12, 2010
every child is born unique
Thursday, August 26, 2010
nabila husna

cukup sepasang :) da anak dua ye kamu nih...
as for hilmi nazhan, "i want to be baby again huhuh"...but he really acts as biG brother, never forget to kiss his sister and be a real patient abang to raina...
bestnye ade budak kecik kat rumah :)
but not now, i want to spend my time with raina after having 7-months course...
pity my little baby and my hubby
counting days! insya Allah we will finish DPA 2 weeks after raya :)
anyway, welcome to real world dearie humaira...
Friday, January 8, 2010
do's and don'ts
- pakaikan pakaian nipis dan menyerap peluh (kami pakaikan raina baju jarang dan lubang2 kecil), pampers sahaja sudah mencukupi untuk bayi
- banyakkan minum air
- bagi ubat demam
- buat mandi berjelum jika suhu melebihi 38 C
- bagi ubat punggung (paracetamol suppositories) jika suhu melebihi 40 C (ni kami tak pernah cuba, tapi dah ada spare skrg, basahkan dengan sedikit air sebelum dimasukkan dalam punggung budak)
- jangan pakaikan baju tebal
- jangan selimutkan anak
- jangan biarkan anak di bilik yang tiada ruang peredaran udara
mandi berjelum -do's
- lap seluruh badan dengan air selama 15-20 minit
- letak sapu tangan basah di dahi, celah ketiak dan celah paha
- jangan biarkan sapu tangan basah di badan anak sehingga panas, akan meningkatkan suhu badan
- jangan gosok badan anak dengan sapu tangan basah, tapi lap sekejap2 (means tekap angkat, tekap angkat)
petua orang lama
- lumur air asam jawa pada kepala anak (ni kami biasa buat! insya Allah kurangkan panas)
- calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung (jika selesema)
info tentang demam...
ape pun, sebaik2nya bawa anak ke klinik @ hospital kalau mengalami demam dan wajib bawa anak pergi hospital kalau anak mengalami demam sawan (true emergency!)... walaupun raina dah banyak kali demam (dok nurseri) dan demam ketika menerima suntikan imunisasi (demam pada suntikan 5-bulan), kebanyakan raina demam hanya 1-2 hari dan tak pernah melebih suhu 40 C... satu peringatan buat kami supaya don't take it for granted bile raina dah kene sawan... ni pamplet yang saya dapat di hospital, i asked too many questions to nurse so she went outside and gave me the pamplet :)
ini jiran2 raina, nama aish dzakwan, baru 3 bulan tapi bolat... sian tengok tiub berselirat sana sini... die byk kahak sampai efek pernafasan die, selalu dengar mak aish kene sedut kahak aish...


ni pulak joyce, baru 5 bulan... joyce dah 3x sawan sejak lahir... doktor cakap kalau demam dan die sawan can be accepted tapi die ni selalu tibe2 je sawan, risau mak die...

kaki joyce kene pasang drip... doktor susah cari urat, kat tangan die aje dah 5-6 bekas lubang jarum sampai bengkak2, sian sgt tengok :(jiran baru raina tak
anyway, pengalaman raina masuk hospital menyedarkan kami betapa bertuahnya raina sihat walafiat (tiada penyakit lain yang lebih kronik)... dan betapa pentingnya untuk ade pengetahuan tentang penjagaan kesihatan anak2 esp pengetahuan perubatan...
Tuesday, December 22, 2009
semalam saya down...
naik pejabat terus tengok blog suraya berkenaan growth chart utk bf-baby dan saiz anak tiada kene-mengena dengan BM @ FM,
nurse pun tabik sebab saya masih full-BF anak saya... setiap kali check-up di Klinik Kesihatan Putrajaya, akan ade satu buku soal-selidik berkenaan BM dan FM... dan saya dgn bangganya berkata, alhamdulillah saya BF lagi anak saya... dan tiada nurse yang pernah mencadangkan utk menambah FM dalam diet anak selagi saya berkemampuan utk BF anak saya...
wah wah kakak tu taw kot saya marah, terus menambah, raina tak cecah red level lagi kan? red level tu lowest level dlm growth chart... dan doktor pun cakap, raina ok selagi die sihat, aktif dan tiada simptom2
ni saya copy dari blog sue berkenaan growth chart... hope jadi panduan untuk ibu2 BF yang menghadapi masalah seperti saya;
Kebanyakan doktor masih menggunakan Growth Chart tahun 1977 dimana:
- Kajian dibuat berdasarkan bayi Caucasian (yang lebih besar dari Asian) yang dibuat di Ohio dari tahun 1929 hingga 1975
- Kebanyakan daripada mereka adalah formula fed babies
- Dan diberi makan seawal usia 4 bulan (sebelum polisi diubah kepada 6 bulan ke atas)
- Nyatanya, growth chart ini tidak sesuai untuk breastfed babies!
Growth Chart pada tahun 2000 pula adalah kombinasi antara formula fed dan breastfed babies dimana chart ini agak ‘mengelirukan’ bagi mendiagnosis keadaan kesihatan bayi berikutan kadar pertambahan berat yang berbeza
Growth Chart terbaru dari WHO dikeluarkan pada 27 April 2006.Ianya berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian terhadap 9000 bayi yang menyusu secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertamanya. Chart ini juga boleh digunakan oleh formula fed babies bagi mengakses tahap ‘lebihan’ beratnya kerana susu formula meninggikan risiko obesiti di kalangan anak anak kita.
Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat! Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil. Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!
She’s doing fine ….just fine….
Chart for boys, birth to two years, showing percentiles (pdf)
Chart for girls, birth to two years, showing percentiles (pdf)
Nota mommy Luna: Ada juga doktor yang menggunakan growth chart yang diberikan secara percuma oleh syarikat susu formula untuk mengukur kadar pertumbuhan bayi yang nyata tidak sesuai untuk breastfed babies.
anyway sue, tQ for ur full support! :)
Tuesday, July 28, 2009
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
remember!! don't shake your little one!!
saya tidak akan lambung raina & bayi lain dan saya akan enjut buai raina perlahan-lahan, promise to myself!!!
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan Brain CT Scan.
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut! Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Shaken Baby Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
RUJUKAN
1. www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
2. www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
3. www.dontshake.org
4. en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
