Tuesday, December 22, 2009

semalam saya down...

semalam saya down lagi sebab ada nursery-mate pertikaikan kenapa raina tak diberi susu formula (FM)... masalahnya, yang mempertikaikan itu adalah ibu beranak 3 yang BF anak die (walau campur dgn FM time kerja), yang BF anak ke-2 sampai umur 4 tahun, yang sanggup balik rumah babysitter tiap kali lunch utk BF anak die (sblm anak die dapat tempat di nurseri ni)... wah mentang2 anak die bertubuh besar ikut mak die...

naik pejabat terus tengok blog suraya berkenaan growth chart utk bf-baby dan saiz anak tiada kene-mengena dengan BM @ FM, konon2 nak emel pada kakak tu... msg sue minta pendapat, huhuh balas sue, what do they expected utk raina lebih besar? kan mak bapa die kecik, yang penting raina sihat dan tumbesarannya aktif macam baby seusianya... kata seorang kawan, raina bukannye kecik... rangka raina kecik tapi die tembam... nasib mata raina sepet ikut mak die, sebab raina tembam tak macam mak bapak die halus.... biasalah kalau baby susut kalau dah start lasak kemain, lagi2 kalau tiap petang kitorang bawa die jalan jogging kat taman...

nurse pun tabik sebab saya masih full-BF anak saya... setiap kali check-up di Klinik Kesihatan Putrajaya, akan ade satu buku soal-selidik berkenaan BM dan FM... dan saya dgn bangganya berkata, alhamdulillah saya BF lagi anak saya... dan tiada nurse yang pernah mencadangkan utk menambah FM dalam diet anak selagi saya berkemampuan utk BF anak saya...

wah wah kakak tu taw kot saya marah, terus menambah, raina tak cecah red level lagi kan? red level tu lowest level dlm growth chart... dan doktor pun cakap, raina ok selagi die sihat, aktif dan tiada simptom2 pelik yang lain :)


ni saya copy dari blog sue berkenaan growth chart... hope jadi panduan untuk ibu2 BF yang menghadapi masalah seperti saya;

Kebanyakan doktor masih menggunakan Growth Chart tahun 1977 dimana:
  • Kajian dibuat berdasarkan bayi Caucasian (yang lebih besar dari Asian) yang dibuat di Ohio dari tahun 1929 hingga 1975
  • Kebanyakan daripada mereka adalah formula fed babies
  • Dan diberi makan seawal usia 4 bulan (sebelum polisi diubah kepada 6 bulan ke atas)
  • Nyatanya, growth chart ini tidak sesuai untuk breastfed babies!

Growth Chart pada tahun 2000 pula adalah kombinasi antara formula fed dan breastfed babies dimana chart ini agak ‘mengelirukan’ bagi mendiagnosis keadaan kesihatan bayi berikutan kadar pertambahan berat yang berbeza

Growth Chart terbaru dari WHO dikeluarkan pada 27 April 2006.Ianya berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian terhadap 9000 bayi yang menyusu secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertamanya. Chart ini juga boleh digunakan oleh formula fed babies bagi mengakses tahap ‘lebihan’ beratnya kerana susu formula meninggikan risiko obesiti di kalangan anak anak kita.

Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat! Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil. Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!

She’s doing fine ….just fine….

Chart for boys, birth to two years, showing percentiles (pdf)
Chart for girls, birth to two years, showing percentiles (pdf)

Nota mommy Luna: Ada juga doktor yang menggunakan growth chart yang diberikan secara percuma oleh syarikat susu formula untuk mengukur kadar pertumbuhan bayi yang nyata tidak sesuai untuk breastfed babies.


anyway sue, tQ for ur full support! :)

5 comments:

- SueN - MrS AzharI - MaMa AfnI - said...

erm...pedulik kan dia awe....raina ok wat?...betul kata kwn ko...dah mak bapak dia kecik....ank pun ikut la...n raina pun sehat aper....xkan la nk suh ank tu tembam besar baru dikatakan budak tu sehat......ko pegi la jumpe mane2 doc tu....doc akan tanyer..."dia aktif x? mkn x?"...kalu ya...so ank tu mmg sehat....hish...aku lak rase hangin....

haWa said...

yes suen, thumbs up jari2 montok cik fenny! i think ini bukan masalah BM @ FM... kalau FM, sibuk tanya minum susu ape, nape tak tukar lagi, nape pakai susu murah, kan suen? ooo sometimes leh tahan, kalau tak macam hang cakap, as long as doc said die aktif n kuat makan, dah ok :) anyway, ko bg petua spy raina bulat mcm cik fenny heheh agaknye ni masalah tido, mmg dari dulu prob ikut parent die heheh

- SueN - MrS AzharI - MaMa AfnI - said...

hehehe...tu biasa la awe..lumrah manusia...lain kali ko wat dek jek...hehehe....petua?? erk..cik fenny bulat sbb mak n bapak dia bulat...hahahaha...ermm....raina pun dah tembam aper...ok la tu...dah ank ko...mmg la ikut perangai ko n reza...hehehe..ok wat?!

iman said...

k.seri dah biasa dengar hal-hal yg hawa cakap ni.dari nurse, doktor (ntah mcm mana leh jadi dr), kawan2, makcik2...ntah sapa2 lagi
kesimpulannya, diorg ni mmg jenis jahil. tak nak cari ilmu. sbb tu takkan paham2 sampai kiamat.

As long raina sihat dan perkembangannya x terganggu..terus kan jer bf, jgn ragu2, tak usah down pasal org jahil! susu ibu adalah terbaik..kalau tak disuruh, tak turun surah al-Baqarah:ayat233.

ibu daddy iman dah biasa jawab: kalau awak tak berjaya memberi susu manusia pada anak, jgn buat orang lain juga gagal.

please, abaikan kata2 keji mcm tu. u're great mother hawa!

mommyneen said...

oit k.wa, tgh online ke?
k.jar br je free,punyalah seksa nk menunggu 1hari esok je,b4 cuti krismas,esok dah lah OT.
btw,relaxlah k.wa
kwn k.jar kata opposite side: "if nk anak chubby gila2, pam dia dgn FM, tp x semestinya sihat".advice abit pedas tp bagus utk mak2 yg serius sgt nk anak chubby mengikut acuan yg x betul.
k.jar still maintain dgn dgn BF huhuhu
jwb je pd kakak tu,kurus bkn bererti sakit, & GEMUK BKN BERERTI SIHAT :p
p/s:neen krm slm pd m.ngah,jgn sedih2 ek
i already text u abt aqiqah in palestin