Thursday, September 17, 2009

balik kampung

saya terima benda paling penting dari emel adik saya, hasnah yg keje kat MIROS :)

ketika hendak pulang ke kampung jangan lupa cek kereta anda dan hantar servis!
takut beraya di tengah highway :(


Kepada yang memandu, periksalah kenderaan anda dengan betul. Sebabnya selain dari kemalangan, kenderaan rosak di tengah jalan bukan saja menyusahkan/menyakitkan hati penumpang kenderaan tersebut, tetapi pengguna jalan raya yang lain juga kerana kesesakan lalu lintas yang terjadi di belakang kereta rosak tu… Tak cukup dengan kenderaan rosak, bengkel pulak tutup cuti Raya...

Rujuk buku panduan kereta (owners’s manual) anda untuk apa yang kena periksa. Mungkin senarai berikut dapat membantu anda memeriksa kereta/van:

1. Tekanan tayar (termasuk tayar spare, sebab orang selalu lupa tayar spare nih…)

2. Keadaan tayar (tak botak, tak de torehan kat tepi tayar, tak de paku dsb)

3. Cecair penyejuk (coolant) di radiator kereta (pastikan ada cecair penyejuk, tak kering. Kalau kering kontang, tambah coolant dan air. 100% air tidak memadai, enjin masih boleh “overheat”)

4. Minyak enjin yang mencukupi (minyak hitam)

5. Minyak transmisi automatik (automatic transmission fluid, ATF) yang mencukupi

6. Cecair brek yang mencukupi.

7. "Tool kit" mempunyai peralatan yang cukup (kalau tak cukup, tak boleh tukar tayar kalau pancit)

8. Semua lampu berfungsi/menyala dengan baik (lampu depan, lampu signal, lampu brek)

9. Pengelap cermin (wiper) boleh mengelap cermin dengan bersih. Kalau tidak bersih, lap wiper blade dengan kain untuk menanggalkan “getah mati” di wiper itu.

10. Air bateri yang mencukupi.



Elok juga kalau ada barang berikut didalam kereta:

1. Jumper cable (kalau bateri kereta tiba-tiba “bercuti”)
2. Pemadam api
3. Lampu picit
4. Air
5. First aid kit


SELAMAT BALIK KAMPUNG DAN SELAMAT PULANG KEMBALI!
kami hanya pulang ke kampung mr.R, Kedah&Perlis pada pagi raya sebab mr.R keje malam raya :(
doakan keselamatan kami :)

No comments: