Friday, January 8, 2010

do's and don'ts

demam - do's
  • pakaikan pakaian nipis dan menyerap peluh (kami pakaikan raina baju jarang dan lubang2 kecil), pampers sahaja sudah mencukupi untuk bayi
  • banyakkan minum air
  • bagi ubat demam
  • buat mandi berjelum jika suhu melebihi 38 C
  • bagi ubat punggung (paracetamol suppositories) jika suhu melebihi 40 C (ni kami tak pernah cuba, tapi dah ada spare skrg, basahkan dengan sedikit air sebelum dimasukkan dalam punggung budak)
demam - don'ts
  • jangan pakaikan baju tebal
  • jangan selimutkan anak
  • jangan biarkan anak di bilik yang tiada ruang peredaran udara

mandi berjelum -do's
  • lap seluruh badan dengan air selama 15-20 minit
  • letak sapu tangan basah di dahi, celah ketiak dan celah paha
mandi berjelum -don'ts
  • jangan biarkan sapu tangan basah di badan anak sehingga panas, akan meningkatkan suhu badan
  • jangan gosok badan anak dengan sapu tangan basah, tapi lap sekejap2 (means tekap angkat, tekap angkat)

petua orang lama
  • lumur air asam jawa pada kepala anak (ni kami biasa buat! insya Allah kurangkan panas)
  • calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung (jika selesema)

info tentang demam...

ape pun, sebaik2nya bawa anak ke klinik @ hospital kalau mengalami demam dan wajib bawa anak pergi hospital kalau anak mengalami demam sawan (true emergency!)... walaupun raina dah banyak kali demam (dok nurseri) dan demam ketika menerima suntikan imunisasi (demam pada suntikan 5-bulan), kebanyakan raina demam hanya 1-2 hari dan tak pernah melebih suhu 40 C... satu peringatan buat kami supaya don't take it for granted bile raina dah kene sawan... ni pamplet yang saya dapat di hospital, i asked too many questions to nurse so she went outside and gave me the pamplet :)

baca ye kawan2, tanamkan dalam kepala!

ini jiran2 raina, nama aish dzakwan, baru 3 bulan tapi bolat... sian tengok tiub berselirat sana sini... die byk kahak sampai efek pernafasan die, selalu dengar mak aish kene sedut kahak aish...



ni pulak joyce, baru 5 bulan... joyce dah 3x sawan sejak lahir... doktor cakap kalau demam dan die sawan can be accepted tapi die ni selalu tibe2 je sawan, risau mak die...


kaki joyce kene pasang drip... doktor susah cari urat, kat tangan die aje dah 5-6 bekas lubang jarum sampai bengkak2, sian sgt tengok :(

jiran baru raina tak sampai hati sempat nak tangkap gambar, baru masuk pagi isnin terus kene pergi ICU... masuk balik wad tu time kami dah nak balik... kes sama dgn aish, doktor cakap paru2 die dah tenat, sedih dengar... makbapak die tinggal kat Bangi, pergi 20 hospital baru sampai Hospital Putrajaya, itu pun datang dgn ambulan Pusat Rawatan Az-Zahrah Bangi... semua hospital swasta yang die pergi taknak terima anak die sebab kes kronik dan bayi baru berumur 2 bulan... saya tanya gak kakak tu kenapa tak nak hospital kerajaan, alasan die sebab nak suami isteri boleh jaga sama2 anak tu, kalau hospital kerajaan kan mak je yg boleh... ermm alhamdulillah anak die sempat diselamatkan, doktor cakap terlambat sikit je bahaya...

anyway, pengalaman raina masuk hospital menyedarkan kami betapa bertuahnya raina sihat walafiat (tiada penyakit lain yang lebih kronik)... dan betapa pentingnya untuk ade pengetahuan tentang penjagaan kesihatan anak2 esp pengetahuan perubatan...

2 comments:

Shu said...

thanx for sharing this awe

haWa said...

welcome adah, pasni ko share pulak pengalaman ko raising imran... imran yg montel, bulat, comel...