Sunday, February 7, 2010

Melaka Trip

dari Pengkalan Balak, kami menuju ke Bandar Melaka tanpa tujuan ala2 backpackers la kononnye... dahlah tak book any hotel dan tak taw nak pergi mana, dengan Public Holiday-Cuti Thaipusam... just risik2 aje dari kawan2, nuar&wani suggest naik cruise river (waktu malam), azrul suruh naik Bukit St. Paul (serius waktu die beria cakap, ingatkan Bukit Sempol hahaha :), hezerie cakap tak ape sesat, pusing2 lagu tu gak menyebabkan kitorang pusing2 Dataran Pahlawan mau 3-4x pusing nak cari hotel best... yang penting cari hotel dulu, tanya Equatorial Hotel, fully booked plus rate > 200++... Malacca Strait Hotel (hotel bertemakan batik belakang Equatorial) pun penuh, Tune Hotel masih dalam pembinaan, last2 jumpa juga budget hotel berkenan di hati... Hotel Queenspark - RM 98 aje plus breakfast, murah kan? saya prefer hotel melayu tapi tak jumpa, lepas check-in baru taw ade Hotel Johan tapi receptionist cakap mahal!

check-in dan mr.R ambik brosur banyak2 kat hotel (ingat nak tangkap gambar tapi brosur dah lunyai raina main) and we decided go to The Stadthuys, tanya mr.Garmin, tak sampai 5 minit dah sampai...



gerai tepi The Stadthuys



jalan2 dan tangkap gambar area sini, ade Gereja St. Christ, Balai Seni Lukis, Muzium Sejarah dan Muzium Ethnografi... tak sempat masuk...





nampak deretan beca tak boleh jadi ni, cari pakcik tua yg muka sedih (idea mr.R, apeKah? yg lepas tu pow byk)... sewa RM 20 utk setengah jam... pakcik tu banyak gak terang pasal sejarah Melaka tapi kitorang tak berapa faham die cakap aka pelat sket... ok gak naik beca, penat gak nak jalan dari satu tempat ke satu tempat lain with zero knowledge... ohhh Melaka lah paling banyak muzium...



Muzium Dunia Melayu Dunia Islam



Porta de Santiago, the surviving gate of the A Famosa Portugese Fort... dulu kecik2 kenal kubu ini sebagai A Famosa, dah ade A Famosa Resort tukar nama lak :)



Bukit St. Paul



ni sebelah A Famosa, tak taw ape die tapi dah tutup...



Muzium Pengangkutan Melaka



Pokok Melaka



Muzium Layang-layang dan Muzium Kecantikan (?)



replika kapal Flora De La Mar yang dijadikan Muzium Samudera, bayaran masuk RM 3... berhadapan ada Muzium TLDM tapi tak masuk sebab pernah masuk waktu kecik dulu...



dah 30 tahun pakcik bawa beca ni... terlebih 5 minit kene tambah RM 10 so 35 minit ~ RM 30, kalah naik ERL...



pakcik beca tu cadang makan kat sebelah River Cruise, sedap gak, harga pun berpatutan...

then, kitorang naik River Cruise... tiket RM 10 seorang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit... parking kat tanah kosong tepi River Cruise, RM 2/ hari... kalau taw, tak payah naik beca... parking dekat situ dan jalan kaki aje...



ala2 Venice Asia...

kami melalui perkampungan melayu yang dinamakan Kampung Morten, juga dikenali sebagai muzium hidup yang mana kerajaan negeri dengan kerjasama penduduk telah berusaha untuk mengekalkan cara hidup serta reka bentuk rumah seperti asal... penduduk kampung dibayar untuk mencantikkan rumah mereka...



Rumah Melayu Asal - dibina dengan berkonsep Limas pada 1922 dengan menggunakan cerucuk kayu manakala pemasangan menggunakan pasak tanpa menggunakan paku...



Vila Sentosa



Taman Tema Air - Melaka River Pirate Park



air terjun berirama - air terjun berlainan mengikut rentak lagu... serius comel!

overall, best tapi too crowded... memang ramai orang naik especially malam, and highly recommended for night view... planned nak naik Eyes on Malaysia tapi dah tutup seminggu rupenye... ok, done for first day, really exhausted!

esoknye, check-out dulu...



then heading to Menara Taming Sari, revolving observation cabin... tickets RM 10 per adult and each viewing session would last 7 minutes...




pastu lepak kat Dataran Pahlawan...



dan pekena nasi ayam penyet dan sup cair bakso...



mula2 risau tak dapat nak lawat semua tempat di Bandar Melaka dalam masa 2 hari tapi alhamdulillah sempat juga... ingat nak singgah Taman Buaya, Taman Rama-rama dan Mini Malaysia & Mini ASEAN kat Alor Gajah on the way balik tapi serius pengsan penat window shopping kat Dataran Pahlawan!

8 comments:

d.O.n.A.t said...

tempat yg tutup tu.. kalau tak salah muzium melaka.. melaka mmg byk muzium.. hihi
saya yg duk melaka ni pun lum habis explore tempat2 kt melaka

Mama Rayyan said...

bestnyer tgk awe g melaka.kitorang plan nak g sana masa cuti hjg bulan 2 ni.harap2 termakbul la.pasni tau la nak jln2 kt ne klu g melaka nanti.thanx hawa.

nisahamzah said...

mek we..y tutup tuh muzium la..ala2 muzium negeri la..raina comel kat menara taming tuh

haWa said...

donat:
saya pun orang Melaka gak, baru nak kenal Melaka... belum lagi tahu sejarah Melaka lagi tu ;P

nani:
dah lama plan nak pergi Melaka, siap print hand-outs dari Melaka.net... jgn lupe masuk blog taw nani :)

nisah:
kite macam pernah masuk kan dulu... memang rase muzium tapi lupe la, byk lg gambar raina comel taw nisah :) aka muncongs heheh

Hana' Yusuff said...

kak hana dah lama teringin sgt nak pergi melaka.. dah byk kali ajak en suami tp belum berjaya lagi.. teringin nak makan asam pedas melaka dan makan ikan bakar sebenarnya.. huhu

haWa said...

pergi Umbai taw kak hana, jgn pergi Pengkalan Balak... ade org cakap ade ladang b*bi huhuh k.hana xpe, suami ajak pergi obersi heheh seronot!

che fara a.k.a fanadz said...

salam..cantik2nya gambar.pinjam salah 1. nak letak di brosur seminar ofis saya yg bakal dibuat di melaka nanti. :)
terima kasih.

haWa said...

fara:
boleh je ambik... banyak lagi cantik2 tapi tak upload :)