Thursday, February 11, 2010

Ramai suami 'tak kenal' pasangan

Kajian dapati lelaki tidak tahu saiz baju, warna mata

LONDON: Berjuta-juta lelaki tidak tahu saiz baju isteri mereka, minyak wangi kegemaran malah warna asal rambut pasangan sendiri, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik mendedahkan, enam daripada 10 suami percaya bahawa mereka memahami pasangan luar dan dalam, tetapi sebenarnya langsung tidak mengetahui.

Selain itu, seorang daripada setiap 10 lelaki tidak tahu tarikh lahir isteri; lapan peratus tidak tahu warna asal rambut manakala 12 peratus tidak tahu warna mata pasangan mereka.

Malah, seorang daripada setiap tiga orang lelaki langsung tidak mengetahui jenis minyak wangi kegemaran isteri. Statistik berkenaan adalah hasil satu kajian terhadap 2,000 lelaki bagi firma The Perfume Shop.

Jurucakap firma itu, Michelle D'vaz berkata: "Keputusan kajian ini amat mengejutkan. Maklumat asas seperti tarikh lahir dan warna rambut adalah antara yang anda sangka pasangan anda mengetahui tetapi nampaknya kebanyakan lelaki tidak tahu mengenainya. Itu termasuk juga warna mata atau minyak wangi yang disembur setiap pagi."

Kajian juga mendapati, 27 peratus lelaki membelikan isteri mereka pakaian atau pakaian dalam tetapi saiznya salah, manakala satu pertiga daripada mereka berbalah mengenainya.

Sebanyak 61 peratus suami yang ditanya mengakui majoriti mereka langsung tidak ingat aspek tertentu dalam hidup isteri sendiri meskipun ia mungkin perkara kecil.

Tidak hairan lebih separuh wanita berpendapat lelaki perlu berusaha untuk mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka.

Manakala 80 peratus percaya, wanita akan mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka daripada warna mata hingga jenama losyen selepas bercukur yang dipakai pasangan.

Kajian juga mendedahkan, walaupun majoriti lelaki mengetahui minyak wangi yang digunakan isteri atau teman wanita mereka, sebanyak 22 peratus membeli jenama yang silap sebagai hadiah. - Agensi


wah wah terus ingat nak mesej mr.R tanya ingat tak feveret perfume saya? tapi memikirkan saya pun tak ingat, diam2 sudah heheh warna asal rambut saya takkan mr.R tak taw pulak sebab tak pernah warna rambut pun hehehe kalau tak taw birthday memang kene laa, no ic pun kene hafal... teringat dulu umi cerita ayah merajuk tak hafal no ic die, alalaaa sweetnye heheh~

3 comments:

A.Z. Haida said...

"tapi memikirkan saya pun tak ingat, diam2 sudah "

ha ha
rasanya yang beli jenama lain tu sebab nak bagi isteri cuba pewangi baru pula...
teringat masa saya pregnant, hubby kena hati-hati pakai minyak wangi. kalau pakai sesetengah minyak wangi tu - terus saya suruh dia pergi jauh-jauh pasal saya rasa 'busuk' (padahal masa tak pregnant ok je...)

puanseri said...

tak semua pasangan ingat tentang kita, mahupun keadaan rumah yg didiami stp hari!
baru ni akak tanya daddy iman "langsir rmh kita nak ganti lain?" jwpnnya: "skrg langsir rmh kita warna apa. serius tak ingat.
ish..ish..dulu dia yg ikut gi kedai, tolong bayar, tgk kita jahit malam2, tolong gantung, tgk tiap2 hari selama setahun.
jadi hal2 ni bukannya mereka tak ingat, tapi tak nak ingat.

Hawa Hamzah said...

puan azra:
asuami beli perfume lain sebab indirectly suruh isteri pakai perfume lain kot... depa bosan kot tiap hari bau sama hahaha ooo puan pun kene sindrom bau perfume suami busuk ek? heheh lawak + comel lak...

k.seri:
terus tanya mr.R, ingat tak warna langsir rumah kite... tanya setiap bilik, nasib die ingat w/pun masih pelupa bende2 yg lain :) abg syahril lain, bisnesman kan? tapi lawak lak citer kak seri :)